Top Ad 728x90

Pantang Larang Melayu Jawa

Pantang larang Melayu keturunan Jawa yg tak dapat di terima oleh akal manusia... adakah anda setuju?

1- Tak baik cium tangan budak kecik sebab nanti bila besar jadi orang
yang suka meminta-minta.

2- Masa mengandung tak baik duduk kat tunggul (akar pokok) takut masa bersalin
nanti susah baby nak keluar takut melekat cam tunggul tu gak.

3- Pernah dengar lagu jalil hamid pasal ayam? banyak part ayam yang tak
dibenarkan makan oleh org2 tua seperti jangan makan tongkeng ayam nanti mulut
tak reti diam(murai). Jangan makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng.
Jangan makan kepak ayam nanti kahwin dpt org jauh.

4- Pantang larang nie im takut sangat masa kecik2 dulu. Bila makan kaki jangan
suka digoyang-goyang(terutamanya makan atas meja) nanti kakinya kene ikat
dengan setan. Nenek im yg cakap cam tu, pastu im cakap kalau setan ikat takpeh
boleh bukak sendiri(kes melawanlah nie), nenek im cakap setan ikat mana nak
nampak tali tu sebab setan kan ghaib, bila takleh bukak jadi lumpuh baru tau.
hehehehe. masa tu baru terfikir seram gak.

5- Budak kecil (baby) tak boleh diberi bunga nanti makan najis (tahi). ??

6- Jangan pukul org dengan penyapu nanti sial (yang kena pukul).

7- Pantang larang ni macam keterlaluan sikit mungkin ader unsur2
khurafatlah. Tak boleh buat kenduri kahwin pada hari dimana hari tersebut
jatuh pada hari keluarga terdekat meninggal dunia. Cth kalau mak kita
meninggal dunia hari ahad tak boleh buat kenduri kahwin hari tersebut sampai
bila2 takut nanti ader bala yang menimpa. Lagi satu tak boleh buat kenduri @ apa2 keramaian pada bulan safar, takut bala menimpa.

8- Tak boleh kahwin ngan jiran yang dapur rumahnya mengadap antara satu sama
lain nanti jodoh tak panjang.

* Sepertimana diceritakan oleh seorang warga keturunan Melayu Jawa

1 Comment:

  1. salam,
    lebih baik bertanya pada orang tua. sebab bukan semuanya merepek atau mengarut. atau khurafat.

    kadang2 kita yang muda tak faham tujuan pantang larang tu.

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90