Top Ad 728x90

Tiga Beradik Hias Kubur Ayah Dengan Rumput Karpet



Kisah tiga beradik menghiasi kubur ayah mereka dengan rumput karpet, yang tersebar sejak 2 Februari lalu, terus mendapat perhatian netizen.

Berdasarkan nukilan pemilik akaun Facebook bernama Faizul Ezmin, mereka bertiga berbuat demikian kerana tidak mampu membelikan rumah semasa arwah ayahnya masih hidup.

Malah Faizul yang menggelar dirinya sebagai Emen, mengakui mereka bertiga jarang melawat arwah ayahnya tetapi kini keadaan sudah berubah kerana mereka sering datang untuk membersihkan kubur.

Selain itu, Emen berkata, dia dan adik beradiknya tidak mampu menghiaskan kubur ayahnya dan mereka mengambil keputusan untuk meletakkan rumput karpet sebagai ganti.

Dia sempat memberi pesanan kepada netizen supaya menghargai orang tua selagi mereka masih hidup.

"Yang masih hidup, ade mak abah tu... Kalau emak abah call, msg tu maknanya diorang rindu, so amik jela cuti... Duit banyak2 pun bukan leh tabur atas kubur mak abah tu nanti...," katanya.

Status Emen itu mendapat 14,000 'like' dan dikongsi lebih 6,052 selain mendapat 1,700 komen setakat Sabtu.

Rata-rata netizen menggangap kisah tiga beradik tersebut sebagai sumber inspirasi kepada mereka untuk lebih menghargai ibu bapa masing-masing.

- mSTAR

1 Comment:

  1. Tahniah! kpd adik bertiga krn berusaha menghias pusara ayahnya. Namun apa yg penting ialah doa drpd ank yg soleh. Stiap kali solat jgn sesekali lupa doakan ayah dan hadiahkn al fatihah utk arwah ayah.. Kubur cantik blum tentu menjamin arwah ayah bahagia di sana. Mf ye dik sekadar berkongsi ilmu...

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90