Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label mara digital. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mara digital. Papar semua catatan

Pembukaan MARA Digital di Melaka, Terengganu, Johor, Pahang dan Kelantan

by


Pusat teknologi maklumat dan komunikasi (IT), MARA Digital Mall mencatat jualan berjumlah RM18.4 juta sehingga November lepas, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata jumlah jualan itu sekali gus menangkis pandangan sinis pihak tertentu yang kononnya MARA Digital Mall tidak akan bertahan lama.

"Ia satu jumlah yang memberangsangkan. Kami juga dapati penyewa yang mendapat sewa percuma selama enam bulan meneruskan perniagaan mereka menandakan pasaran mereka di sini (MARA Digital Mall) adalah baik," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di MARA Digital Mall di Bangunan MARA di sini, pada Ahad.

Beliau berkata jumlah berkenaan termasuk jualan berjumlah RM1.02 juta di Anggerik Mall, Shah Alam yang dibuka sejak enam bulan lepas.

MARA Digital Mall Kuala Lumpur dilancarkan 8 Dis tahun lepas dan kini mempunyai 38 lot perniagaan dengan 27 usahawan IT.

Sementara itu, bagi tahun 2017 lima lokasi lagi dikenal pasti di seluruh negara bagi pembukaan pusat IT berkenaan.

Ia termasuk di Bangunan Air Melaka, di Melaka, Plaza Paya Bunga, Kuala Terengganu (Terengganu), Plaza Larkin, Johor Bahru (Johor), Bangunan Mara Kuantan (Pahang) dan di Kota Bahru, Kelantan, yang dijangka dibuka pada Mac hingga Julai tahun depan.

"Bagi negeri yang belum dikenal pasti lokasinya kami akan usahakan, kerana kami sasarkan sekurang-kurangnya setiap negeri mempunyai satu digital mall menjelang akhir tahun depan," katanya.

Tambahnya, MARA Digital akan meneruskan konsep dibuka di bangunan MARA atau kerajaan yang kurang mendapat sambutan orang ramai bagi melonjakkan ekonomi di lokasi berkenaan.

"Kami sasarkan di setiap lokasi yang dibuka akan memanfaatkan minimum 30 usahawan IT dari negeri berkenaan," katanya.

- BERNAMA

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90