Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label presiden fam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label presiden fam. Papar semua catatan

Jawatan Presiden FAM Terbuka Kepada Warga Malaysia - FAM

by


Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah menegaskan jawatan presiden badan induk bola sepak itu terbuka untuk ditandingi sesiapa sahaja dengan syarat calon mestilah warganegara Malaysia.

Namun Afandi berkata setiap calon haruslah dicadangkan mana-mana ahli gabungan FAM.

"Sesiapa saja boleh jadi calon dalam barisan exco termasuk presiden.

"Cuma calon mestilah sekurang-kurangnya mendapat satu pencalonan daripada mana-mana ahli gabungan FAM," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di sini, Isnin.

Malah beliau berkata mana-mana calon yang dicadangkan juga tidak perlu memegang sebarang jawatan dalam persatuan bola sepak negeri.

"Calon terbuka... tak perlu pegang mana-mana jawatan dalam negeri," katanya.

Sementara itu, Afandi turut mengumumkan pelantikan Datuk Rozabil Abdul Rahman selaku pengurus skuad bola sepak Projek Sukan SEA 2017.

"Barisan exco yang bermesyuarat hari ini menamakan Datuk Rozabil sebagai pengurus skuad Projek Sukan SEA 2017. Kita serahkan kepada beliau untuk berbincang dengan ketua jurulatih Frank Bernhardt mengenai perancangan skuad itu," katanya.

- mSTAR

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90