Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label sukan sea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sukan sea. Papar semua catatan

Hadiah Anak Pokok Sukan SEA KL 2017

by
Ramai yang pelik setiap kali menyaksikan atlet yang menaiki podium untuk dikalungkan pingat kemenangan mereka di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Pingat emas, perak dan gangsa sudah pasti menjadi genggaman, selain patung maskot sebagai tanda kenang-kenangan di atas pencapaian mereka di sukan berprestij ini.

Gambar-gambar atlet yang memenangi pingat tular di media sosial namun bakul berisi anak pokok yang turut diterima mereka mencuri perhatian netizen.

“Nak tahu di mana tanam... sebab terfikir juga, kalau bagi pokok, boleh ke dia orang bawa balik ke negara luar,” kata seorang netizen yang merujuk kepada pemenang-pemenang pingat pada KL2017 dari negara-negara lain.

Seorang lagi netizen berkata: “Kita pun tertanya-tanya apakah pokok itu?”

Malah ada yang cuba membalas dengan nada bergurau: “Anak pokok Durian Musang King kot. Buahnya mahal, hehehe.”

Anak-anak pokok tersebut sebenarnya merupakan sebahagian daripada program inisiatif hijau KL2017 yang dinamakan ‘Satu Pingat, Satu Pokok’, antara lain bertujuan untuk mengimbangi jumlah karbon yang dilepaskan sepanjang temasya sukan itu berlangsung.  

Program inisiatif hijau KL2017 dipengerusikan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), diselaraskan oleh Sportswork dengan kerjasama rakan hijau, Landskap Malaysia.  

Pengurus Kanan Sportswork, Suzana Mohkeri berkata, sebanyak 5,249 anak pokok disediakan Sukan SEA ke-29 termasuk Sukan Para Asean ke-9.Anak-anak pokok tersebut sebenarnya merupakan sebahagian daripada program inisiatif hijau KL2017 yang dinamakan ‘Satu Pingat, Satu Pokok’, antara lain bertujuan untuk mengimbangi jumlah karbon yang dilepaskan sepanjang temasya sukan itu berlangsung.  

Program inisiatif hijau KL2017 dipengerusikan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), diselaraskan oleh Sportswork dengan kerjasama rakan hijau, Landskap Malaysia.  

Pengurus Kanan Sportswork, Suzana Mohkeri berkata, sebanyak 5,249 anak pokok disediakan Sukan SEA ke-29 termasuk Sukan Para Asean ke-9.

Katanya, anak-anak pokok tersebut akan ditanam di bawah jejambat yang dibina bagi membolehkan haiwan-haiwan liar melintasi kawasan hutan dengan selamat.

“Kesemua anak pokok yang diterima atlet merupakan simbolik kepada program inisiatif hijau dan akan diserahkan semula untuk ditanam.

“Ini termasuk anak-anak pokok yang diterima pemenang pingat dalam kalangan atlet dari negara-negara lain,” katanya kepada mStar Online.

Aktiviti penanaman anak pokok tersebut di bawah Pelan Induk Rangkaian Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS) bermula dari Oktober ini sehingga Mac 2018.

Suzana berkata, empat lokasi yang dirancang untuk penanaman tersebut iaitu tiga kawasan hutan di Perak, Kelantan dan Terengganu serta Bandar Sukan Kuala Lumpur.

“Anak-anak pokok yang diterima atlet negara yang memenangi pingat emas akan ditanam di Bandar Sukan Kuala Lumpur.

“Terdapat rancangan untuk mewujudkan ‘Wall of Honour’, satu berbentuk peringatan yang akan menyenaraikan nama atlet negara yang menerima pingat emas dan acara yang dimenangi mereka,” katanya.

Sebanyak tiga jenis anak pokok disediakan iaitu syzygium polyanthum (Salam), garcinia hombroniana (Bruas) dan syzygium malaccense (Jambu).

Mengenai pemilihan pokok, Suzana berkata, ia bersesuaian dengan spesisnya untuk ditanam di kawasan hutan bagi persekitaran hidupan liar.    

“Aktiviti penanaman pokok ini akan dilakukan secara berperingkat dan membuka penyertaan kepada semua termasuk atlet yang menerima anak pokok tersebut, masyarakat dan penduduk setempat,” katanya.

- mSTAR

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90