Top Ad 728x90

Switzerland negara terbaik dunia

by


Switzerland mengungguli laporan Negara Terbaik 2017, demikian hasil kaji selidik di seluruh dunia yang me­ngukur tanggapan terhadap sesebuah negara pada skala global, lapor portal berita The Local.

Laporan tahunan itu merupakan projek bersama antara US News & World Report, syarikat pemasaran Y&R dan Sekolah Wharton iaitu sekolah perniagaan di Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Laporan Negara Terbaik tahun ini menganalisis 80 buah negara, meningkat daripada 60 negara pada edisi pertamanya tahun lalu.

Switzerland yang kali pertama disenaraikan, meng­ungguli secara keseluruhan di hadapan Kanada, Britain, Jerman dan Jepun dalam lima kedudukan teratas.

Sweden, Amerika Syarikat, Australia, Perancis dan Norway pula melengkapkan urutan 10 kedudukan teratas Negara Terbaik 2017.

Metodologi penyelidikan itu menggunakan 65 faktor yang dikenal pasti sebagai “relevan untuk kejayaan sebuah negara moden” untuk membuat penilaian.

Ciri-ciri itu dibahagikan kepada sembilan kategori termasuk pengembaraan, kewarganegaraan, pengaruh budaya, keusahawanan, warisan, keterbukaan kepada perniagaan, kuasa dan kualiti kehidupan.

Semua ciri itu disertakan dalam kaji selidik berkenaan yang melibatkan seramai 21,000 orang dari seluruh dunia.

“Switzerland muncul sebagai negara terbaik antaranya kerana ia mempunyai sistem sosial yang progresif, melindungi hak asasi manusia dan memiliki persekitaran mesra perniagaan,” kata penulis laporan itu.

Sementara itu, Malaysia berada di tempat ke-35 senarai berkenaan tahun ini berbanding kedudukan ke-28 pada 2016.

Namun, Malaysia turut muncul sebagai negara terbaik di dunia untuk membuat pelaburan pada 2017.

Di belakang Malaysia ialah Indonesia (39), Vietnam (40), Filipina (43) dan Myan­mar (57).

– Agensi


WikiLeaks Dedah Rahsia CIA Amerika

by


Agensi Perisikan Pusat (CIA) menu­duh WikiLeaks membahayakan nyawa rakyat Amerika Syarikat (AS) dengan membantu musuh-musuh dan mengganggu usaha memerangi ancaman pengganas apabila laman antirahsia itu mendedahkan peralatan-perala­tan penggodam CIA.

Seorang jurucakap wanita CIA enggan mengesahkan kesahihan material yang didedahkan oleh WikiLeaks, yang mereka dakwa dibocorkan menerusi operasi penggodaman agensi risikan tersebut.

Jurucakap itu, Heather Fritz Horniak berkata: “Warga Amerika perlu berasa bimbang dengan apa-apa pendedahan WikiLeaks yang direka untuk memusnahkan keupayaan komuniti perisikan untuk melindungi AS daripada ancaman pengganas dan musuh lain.”

“Pendedahan seperti itu bukan hanya menggugat operasi dan kakitangan AS, tetapi membantu musuh-musuh kami dengan peralatan dan maklumat untuk melakukan ancaman,” katanya.

Horniak mempertahankan operasi-operasi siber CIA, rentetan pendedahan WikiLeaks menunjukkan fokus penuh diberikan kepada tindakan-tindakan pencerobohan ke dalam perkakas elektronik peribadi melalui penggunaan sistem hasad.

“Ia adalah tugas CIA untuk menjadi inovatif, termaju dan barisan pertama sistem pertahanan untuk melindungi negara daripada ancaman musuh-musuh asing,” katanya.

Pada Selasa lalu, WikiLeaks mendedahkan hampir 9,000 dokumen yang didakwa dibocor­kan daripada CIA, sambil menyi­fatkan itu sebagai pendedahan terbesar membabitkan material rahsia perisikan.

“Koleksi luar biasa ini me­rangkumi lebih daripada beberapa ratus juta talian kod, memberi pemiliknya keupayaan penuh penggodaman CIA,” kata WikiLeaks.

Dokumen itu me­nunjukkan penggodam CIA boleh menukar fungsi televi­syen menjadi alat pendengaran, memintas sistem penyulitan aplikasi-aplikasi popular dan mungkin mengawal kenderaan seseorang.

CIA didakwa menggodam peranti elektronik peribadi kelua­ran syarikat seperti Apple dan Samsung, telefon Android, perisian Microsoft dan penghala (router).

– AFP


SPRM Sasar Tiga Tahun Bersihkan Rasuah Penjawat Awam

by


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menetapkan tiga tahun untuk membersihkan perkhidmatan awam daripada gejala rasuah khususnya dalam kalangan agensi penguat kuasa, badan pengawal, pihak berkuasa negeri dan tempatan.

"Tempoh tiga tahun dipilih kerana pada 2020 Malaysia seharusnya sudah mencapai status negara maju," kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki.

Beliau berkata sebanyak 665 kertas siasatan dibuka sepanjang tahun 2016 hingga Februari tahun ini (2017) melibatkan penjawat awam.

"Ini menunjukkan betapa seriusnya rasuah dalam kalangan penjawat awam dan kita (SPRM) khuatir jumlah ini akan terus meningkat sekiranya tidak dibendung dari sekarang," katanya pada majlis Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Bersama SPRM di KKLW.

Hadir sama ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Daripada 665 kertas siasatan itu, seramai 548 penjawat awam telah ditangkap dan sebanyak 63 kes dituduh di mahkamah, katanya.

Azam turut merujuk kepada kes rasuah Jabatan Air Sabah sebagai indikator yang tidak baik apabila seorang penjawat awam boleh 'tidur' dengan wang sebanyak lebih RM50 juta di rumahnya.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis berkenaan, Azam berkata sasaran membersihkan rasuah dalam kalangan penjawat awam dalam masa tiga tahun merupakan faktor utama SPRM lebih agresif menjalankan operasi sejak tahun lepas.

Ditanya mengenai faktor yang menyebabkan perlakuan rasuah dalam kalangan penjawat awam, beliau berkata keadaan negara yang semakin membangun dan banyak transaksi ekonomi berlaku membuka banyak peluang untuk rasuah.

"Dalam keadaan ini apabila seorang diberi kuasa, dia mudah terjebak dalam rasuah atau penyalahgunaan kuasa. Kalau tidak ada duit, orang tidak akan melakukan rasuah, mereka akan melakukan jenayah lain seperti merompak, jual dadah dan sebagainya," katanya.

- Bernama

Filem ‘Logan’ Pengakhiran Adiwira Wolverine

by


Filem: Logan
Pengarah: James Mangold
Pelakon: Hugh Jackman, Patrick Stewart, Dafne Keen, Richard E. Grant, Boyd Holbrook dan Stephen Merchant
Genre: Drama/Aksi
Durasi: 138 minit
Pengedar: 20th Century Fox
Tarikh Tayangan: 2 Mac 2017

Logan merupakan naskhah terakhir yang menyaksikan watak adiwira, Wolverine diangkat ke layar perak.

Barangkali semuanya adalah kerana keadaan kesihatan pelakon utamanya, Hugh Jackman yang tidak mengizinkan kerana kanser kulit di samping Jackman mahu mengibarkan bendera putih untuk watak ikonik itu sementara namanya masih di puncak.

Pernah Jackman mengatakan dalam satu temu bual tidak berapa lama dulu bahawa salah satu faktor dia membuat keputusan untuk bersara daripada terus memainkan watak Wolverine kerana tidak mahu khalayak menjadi bosan tatkala usianya juga semakin meningkat.

Memang ternyata Jackman dilihat layak membawakan watak berkenaan kerana acuan Wolverine itu sememangnya sudah dibikin untuk aktor kelahiran Australia ini.

Sementelah sudah 10 kali Jackman yang juga bekas calon Oscar itu menghidupkan watak Wolverine di layar perak. Tujuh daripadanya adalah menerusi francais filem X-Men dan selebihnya untuk tiga buah filem solo Wolverine iaitu X-Men Origins: Wolverine (2009), The Wolverine (2013) dan Logan (2017).

Justeru, bagi memberikan penghormatan terakhir buat Logan dan Wolverine, filem Logan dilihat sebagai naskhah terbaik untuk berbuat demikian.

Ternyata, Mangold bersama-sama Scott Frank dan Michael Green memberikan evolusi terhadap filem ini dengan tidak mengikut acuan konvensional adaptasi komik yang sudah menjadi trend di Hollywood.

Sebaliknya, mereka mengambil pendekatan baharu dan mengubah struktur filem itu menjadi sebuah naskhah asli biarpun Logan diinspirasikan daripada novel grafik, Old Man Logan yang diterbitkan pada tahun 2008.

Sebagai pengarah, Mangold bijak menginterpretasikan cerita tersebut dan menjadikan ia lebih luhur, jujur, realistik dan sarat dengan pelbagai rasa lalu memberikan jiwa yang bukan sembarangan buat Logan.

Mungkin sebahagian besar peminat setia komik X-Men mengharapkan Logan menjadi sebuah filem adiwira tipikal. Ternyata Logan bukan seperti itu kerana filem ini dibikin dengan cara seolah-olah mahu memberi gambaran sebenar tentang kehidupan Wolverine di masa hadapan pasca dunia tidak lagi didiami oleh komuniti mutan.

Sehubungan itu, tiada watak utama X-Men dalam filem ini selain Profesor Charles Xavier (Patrick Stewart) dan Caliban (Stephen Merchant) yang hidup di dunia ketika itu kerana ada sesuatu yang menunggu  mereka di masa hadapan.

Penulis melihat Logan sebagai sebuah cerita baharu yang layak untuk dipertandingkan dalam acara anugerah yang sebelum ini memandang sebelah mata dan menutup peluang terhadap filem adaptasi komik.


Penghormatan Terbaik ‘Logan’ Untuk Pengakhiran Wolverine
Diterbitkan: Khamis, 9 Mac 2017 9:00 PM
image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2015/01/30/21/19/shazryn%204.ashx?w=50&h=50Oleh: SHAZRYN MOHD FAIZAL
shazryn.faizal@gmail.com
image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/03/09/16/26/logan_001.ashx?w=620&h=413&crop=1&/

   (Ubah saiz teks)
Filem: Logan
Pengarah: James Mangold
Pelakon: Hugh Jackman, Patrick Stewart, Dafne Keen, Richard E. Grant, Boyd Holbrook dan Stephen Merchant
Genre: Drama/Aksi
Durasi: 138 minit
Pengedar: 20th Century Fox
Tarikh Tayangan: 2 Mac 2017

SELESAI menonton filem Logan arahan James Mangold (Walk The Line, 2005) baru-baru ini, perasaan suka dan duka terbit di benak hati penulis. Dukanya hati penulis apabila Logan merupakan naskhah terakhir yang menyaksikan watak adiwira, Wolverine diangkat ke layar perak.

Barangkali semuanya adalah kerana keadaan kesihatan pelakon utamanya, Hugh Jackman yang tidak mengizinkan kerana kanser kulit di samping Jackman mahu mengibarkan bendera putih untuk watak ikonik itu sementara namanya masih di puncak.

Pernah Jackman mengatakan dalam satu temu bual tidak berapa lama dulu bahawa salah satu faktor dia membuat keputusan untuk bersara daripada terus memainkan watak Wolverine kerana tidak mahu khalayak menjadi bosan tatkala usianya juga semakin meningkat.

Memang ternyata Jackman dilihat layak membawakan watak berkenaan kerana acuan Wolverine itu sememangnya sudah dibikin untuk aktor kelahiran Australia ini.

Sementelah sudah 10 kali Jackman yang juga bekas calon Oscar itu menghidupkan watak Wolverine di layar perak. Tujuh daripadanya adalah menerusi francais filem X-Men dan selebihnya untuk tiga buah filem solo Wolverine iaitu X-Men Origins: Wolverine (2009), The Wolverine (2013) dan Logan (2017).

Justeru, bagi memberikan penghormatan terakhir buat Logan dan Wolverine, filem Logan dilihat sebagai naskhah terbaik untuk berbuat demikian.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2017/03/09/longan/~/media/08413eb403334a4aaf5123142842fcd6.ashx?la=en


Watak Wolverine yang dijayakan oleh Hugh Jackman adalah yang terbaik sepanjang dia membawakan watak ikonik itu.
Ternyata, Mangold bersama-sama Scott Frank dan Michael Green memberikan evolusi terhadap filem ini dengan tidak mengikut acuan konvensional adaptasi komik yang sudah menjadi trend di Hollywood.

Sebaliknya, mereka mengambil pendekatan baharu dan mengubah struktur filem itu menjadi sebuah naskhah asli biarpun Logan diinspirasikan daripada novel grafik, Old Man Logan yang diterbitkan pada tahun 2008.

Sebagai pengarah, Mangold bijak menginterpretasikan cerita tersebut dan menjadikan ia lebih luhur, jujur, realistik dan sarat dengan pelbagai rasa lalu memberikan jiwa yang bukan sembarangan buat Logan.

Mungkin sebahagian besar peminat setia komik X-Men mengharapkan Logan menjadi sebuah filem adiwira tipikal. Ternyata Logan bukan seperti itu kerana filem ini dibikin dengan cara seolah-olah mahu memberi gambaran sebenar tentang kehidupan Wolverine di masa hadapan pasca dunia tidak lagi didiami oleh komuniti mutan.

Sehubungan itu, tiada watak utama X-Men dalam filem ini selain Profesor Charles Xavier (Patrick Stewart) dan Caliban (Stephen Merchant) yang hidup di dunia ketika itu kerana ada sesuatu yang menunggu  mereka di masa hadapan.

Penulis melihat Logan sebagai sebuah cerita baharu yang layak untuk dipertandingkan dalam acara anugerah yang sebelum ini memandang sebelah mata dan menutup peluang terhadap filem adaptasi komik.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2017/03/09/longan/~/media/14f64ea83aeb48e091968ac7f47a5d40.ashx?la=en


Watak Laura Kinney (Dafne Keen) memberikan gambaran jelas bahawa Wolverine baharu akan muncul selepas ini.

Dalam erti kata lain, Logan seperti kelahiran semula francais filem X-Men seperti mana yang pernah dilakukan oleh Christopher Nolan menerusi legasi filem Batman miliknya terutama The Dark Knight (2008).

Selain jalan cerita dan lakon layar yang kukuh, Logan turut diperkuatkan dengan aspek lain terutama sinematografi dan suntingan yang memberikan nilai tambah buat kecemerlangan Logan sebagai sebuah filem cereka.

Sinematografi oleh John Mathieson telah menghidupkan lagi filem ini untuk memberikan mood dan ekspresi yang dialami oleh watak-watak terutama Wolverine yang berhadapan dengan pelbagai masalah terutama kesakitan luaran dan dalam selain faktor usianya sendiri.

Jackman sendiri telah menumpahkan emosinya semaksimum dan menyerlahkan jiwa yang mendalam untuk filem ini. Tidak dinafikan lagi, Logan adalah watak Wolverine terbaik Jackman sepanjang lebih 15 tahun dia membawakan watak berkenaan.

Apa yang menjadikan Logan bertambah menarik apabila Logan berhadapan dengan musuh baharu, X-24 yang merupakan klon dirinya sendiri yang dicipta oleh Dr. Zander Rice (Richard E. Grant).

Metaforanya watak X-24 itu apabila Logan seolah-olah melihat dirinya sendiri dan pernah menjadi ganas sedemikian rupa sewaktu mudanya. Dalam erti kata lain, Logan berperang dengan diri sendiri dan mengetahui dirinya banyak berubah disebabkan X-Men dan Profesor X pada penghujung usianya.

Perasaan duka yang menyelubungi penulis tadi mula bertukar gembira apabila melihat masa depan francais filem ini yang pastinya akan memberikan gambaran jelas bahawa sesuatu yang lebih hebat dan besar akan terhasil kelak.

Lebih-lebih lagi selepas watak Laura (Dafne Keen) yang merupakan anak Logan dan terhasil menerusi persenyawaan antara manusia dan mutan mula diperkenalkan dalam filem ini.

Di sinilah penulis melihat kreativiti karyawan Hollywood yang tahu bilakah masanya untuk menoktahkan kisah X-Men dan mula untuk memperkenalkan generasi baharu X-Men.

Apatah lagi, pada babak-babak akhir, watak-watak baharu sudah mula diperkenalkan kepada khalayak biarpun tidak secara menyeluruh dan generasi baharu ini semuanya adalah senasib dengan Laura.

Sudah pasti, babak pengakhiran filem ini secara jelas menunjukkan bahawa kisah X-Men tidak akan mati sebaliknya akan terus hidup dengan kisah yang lebih segar untuk menarik perhatian penonton terutama golongan milenial kelak.

- mSTAR

Tidak Perlu Rujuk SSM Jika Gagal Dapat BR1M

by


Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berstatus 'tidak lulus' tidak perlu hadir ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk sebarang pengesahan.

SSM dalam kenyataan pada Selasa berkata kegagalan permohonan bantuan itu tidak mempunyai sebarang signifikan terhadap pendaftaran SSM yang dilakukan.

"Di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, pemilik perniagaan tidak perlu menyerah simpan penyata kewangan di SSM. Oleh itu, tidak timbul sebarang isu bahawa penolakan BR1M berkaitan dengan pendaftaran perniagaan di SSM kerana tiada apa-apa maklumat disalurkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melainkan perkara itu dimaklumkan sendiri pemohon," menurut SSM.

Menurut kenyataan itu, pemohon boleh hadir ke mana-mana cawangan LHDN untuk permohonan rayuan sepanjang 3 April sehingga 31 Mei ini atau mendapatkan maklumat di laman portal ebr1m.hasil.gov.my bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

SSM juga percaya LHDN mempunyai pendekatan terbaik serta penjelasan tersendiri dalam mengagihkan BR1M.

"Pengagihan BR1M hanya melibatkan isi rumah berpendapatan RM4,000, RM3,000 dan RM2,000 ke bawah untuk kategori bujang. Sesiapa yang berpendapatan melebihi syarat ditetapkan , tidak layak menerima BR1M meskipun seseorang itu penjawat awam, pekerja swasta, pekerja sendiri termasuk memiliki sijil pendaftaran perniagaan SSM dan syarikat," kata kenyataan itu.

Sementara itu SSM turut menafikan dakwaan Skim 1Pelajar 1Pendaftaran Perniagaan (1P1P) mengakibatkan kegagalan permohonan BR1M.

1P1P yang diperkenalkan SSM pada 1 Januari lepas, membolehkan pelajar mendaftarkan perniagaan secara percuma untuk menggalakkan mereka terlibat dalam bidang perniagaan secara sah.

- BERNAMA

Aset Senarai Hartawan Forbes Malaysia 2017 Meningkat

by


Lebih daripada separuh hartawan dalam Senarai Orang Kaya Forbes Malaysia 2017 tidak terjejas, malah menyaksikan keuntungan mereka meningkat walaupun keadaan ekonomi yang sukar.

Tan Sri Robert Kuok terus mengungguli kedudukan teratas dalam senarai buat tahun ke-12 berturut-turut, dengan nilai bersih AS$11.4 bilion (AS$1=RM4.44), meningkat daripada AS$10 bilion sebelumnya.

Kuok, 93, mengawal empayar Kumpulan Kuok yang merangkumi sektor minyak sawit, perkapalan dan hartanah.

Tan Sri Quek Leng Chan, pengerusi konglomerat milik persendirian Hong Leong Co (Malaysia), naik satu anak tangga kepada tempat kedua dengan nilai bersih AS$6.8 bilion berbanding AS$5.3 bilion tahun lepas.

Quek mengambil alih tempat Tan Sri Ananda Krishnan, yang jatuh ke tempat ketiga tahun ini ekoran kekayaannya merosot 12.2 peratus kepada AS$6.5 bilion berikutan ketidaktentuan dalam firma telekom India yang mengalami hutang, Aircel.

Walaupun nasib hartawan perjudian Tan Sri Lim Kok Thay (nombor enam, AS$ 4.45 bilion) merosot sedikit, terutama disebabkan oleh nilai ringgit yang menyusut, harga saham Genting Bhd meningkat sejak November 2016.

Genting Malaysia dijangkakan melancarkan lebih banyak projek tahun ini, termasuk pelancaran taman tema yang berinspirasikan filem yang dinanti-nantikan, 20th Century Fox - pertama di dunia di Resorts World Genting, tidak jauh dari Kuala Lumpur.

Hartawan perjudian dan pemaju hartanah Tan Sri Dr Chen Lip Keong pula mencatat peratusan kekayaan terbesar dalam senarai tahun ini, menduduki tempat ke-11 dengan kekayaan bernilai AS$1.6 bilion.

Kekayaannya meningkat 158 peratus, meletakkan beliau kembali pada ranking bilionair dengan kasino Kemboja yang semakin berkembang sedang melaksanakan dengan lebih banyak pautan dengan sektor pelancongan China.

Seorang lagi hartawan yang mencatat keuntungan ketara ialah Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim (tempat ke-26/AS$600 juta), dengan nilai harta melonjak 145 peratus dengan hasil pengukuhan harga minyak memberi manfaat kepada perniagaan penyewaan helikopternya yang menjalankan perkhidmatan untuk sektor minyak dan gas.

Tan Sri David Kong Hon Kong yang menginovasikan perkhidmatan pengebumian,  (tempat ke-24, AS$700 juta), naik 10 tempat berbanding senarai tahun lepas, selepas menjadikan syarikat itu sebagai syarikat persendirian dalam urus niaga yang melibatkan AS$1.1 bilion.

Hartawan hartanah Tan Sri Desmond Lim Siew Choon (ke-16, AS$1 bilion) menyertai ranking bilionair buat kali pertama dengan peningkatan 10.5 peratus dalam nilai aset bersihya.

Wajah Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Catcha Group Patrick Grove (ke-35,AS$400 juta) dipaparkan di muka depan terbitan terbaharu Forbes Asia.

Grove, yang menggunakan slogan 'Disrupting Things Daily' sudah bersedia untuk menggegarkan industri langganan video atas permintaan menerusi permulaan dua tahun, Iflix.

Antara pendatang baharu dalam senarai tahun ini ialah adik-beradik Koon Poh Ming dan Datuk Koon Poh Keong (13, AS$1.05 bilion), dua pemegang saham terbesar Press Metal, pengeluar aluminium bersepadu terbesar di Asia Tenggara.

Saham syarikat melonjak hampir 2.5 kali pada tahun lepas, menyumbang modal pasaran sebanyak AS$2 bilion.

Hartawan Wong Thean Soon (ke-39, AS$ 330 juta), juga menyertai senarai baharu hasil daripada penyenaraian syarikat perkhidmatan elektronik beliau, My E.G. Services. 

Wong melancarkan syarikat itu pada 2000 untuk meningkatkan interaksi antara rakyat Malaysia dan kerajaan dalam bidang seperti imigresen, pelesenan, utiliti dan pembayaran cukai.

Sementara itu, Datuk Loh Kian Chong (ke-50, AS$210 juta), dengan konglomeratnya mempunyai kepentingan dalam kenderaan bermotor dan minyak sawit, mengalami kerugian terbesar dalam segi peratusan dalam senarai tahun ini.

Nilai bersihnya jatuh 24 peratus, hampir menyingkirkannya daripada senarai Forbes.

Dua yang terkeluar daripada senarai tahun ini ialah harwatan minyak sawit Datuk Freddy Lim Nyuk Sang dan pembuat kondom Goh Siang.

Tahun ini, satu-satunya wanita yang menduduki senarai Forbes ialah Pengasas Bersama Selangor Properties, Puan Sri Chong Chook Yew, di tempat ke-43, dengan nilai bersih AS$285 juta.

Kekayaan minimum untuk melayakkan seseorang dalam senarai tahun ini ialah sebanyak AS$210 juta, meningkat berbanding AS$ 195 juta.

Senarai ini disusun menggunakan maklumat yang diperoleh daripada individu, bursa saham, penganalisis, pangkalan data persendirian, agensi kerajaan dan sumber-sumber lain.

Nilai bersih adalah berdasarkan harga saham dan kadar tukaran pada penutupan pasaran pada 17 Februari.

Syarikat swasta dinilai menggunakan nisbah kewangan dan perbandingan lain dengan syarikat dagangan awam yang serupa.

Senarai penuh hartawan paling kaya ini boleh didapati di www.forbes.com/malaysia, serta dalam terbitan terbaru Forbes Asia.

- Bernama

Harga Gula Pasir Naik 11 Sen 1 Mac 2017

by


Harga baharu gula pasir putih bertapis kasar ialah RM2.95 sekilogram, berkuat kuasa 1 Mac 2017, demikian umum Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata harga baharu tersebut susulan peningkatan ketara harga gula mentah dunia yang diimport Malaysia.

"Bagaimanapun, kerajaan masih mengawal harga tersebut pada paras paling minimum jika dibandingkan dengan kenaikan di negara-negara lain," kata kementerian itu.

Sebelum ini, harga gula pasir putih bertapis ialah RM2.84 per kg.

Kementerian itu berkata kali terakhir harga gula dikemas kini ialah pada 25 Oktober 2013.

- Bernama

Jins Shamsuddin meninggal dunia

by


Seniman veteran, Tan Sri Jins Shamsuddin, 81, disahkan meninggal dunia di sebuah klinik di Taman Melawati, Kuala Lumpur dipercayai akibat sesak nafas selepas tercekik kuih ketika minum petang di rumahnya pada pukul 5.45 petang semalam.

Menurut isteri beliau, Puan Sri Halijah Abdullah, 56, sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir beliau sempat menjamah beberapa ulas cekodok sebagai santapan terakhir sebelum dikejarkan ke klinik.

“Memang menjadi rutinnya menikmati minum petang pada setiap hari. Tapi kali ini saya berasa terkilan ketika menyediakan cekodok kepada beliau petang Rabu.

“Tidak sangka apabila menikmati makanan kegemarannya itu pada suapan keempat, beliau tercekik dan saya berusaha untuk mengeluarkan semula sisa makanan yang berada dalam mulutnya dengan menepuk belakangnya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Sementara itu, pengarah dan penerbit filem, Datuk Yusof Haslam menyifatkan pemergian Jins yang dianggap seperti abang dalam industri perfileman itu sebagai kehilangan besar dunia seni tanah air.

“Masih segar dalam ingatan, beliau merupakan antara pelakon yang menyokong pertubuhan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) ketika diperkenalkan pada 1981.

“Jins turut menyokong skim wajib tayang yang diperkenalkan sekitar tahun 2007 bagi karya-karya yang dihasilkan oleh penerbit filem tempatan. Banyak jasa beliau pada industri perfileman negara,” katanya.

- Kosmo!

Warga Korea Utara Dikenakan Visa Bermula 6 Mac 2017

by


Berkuatkuasa 6 Mac 2017 ini, semua warga Korea Utara yang ingin memasuki Malaysia dikenakan visa, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan yang akan diwartakan segera itu dibuat selepas mengambil kira faktor keselamatan negara sebagai keutamaan.

"Diharap langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) ini akan dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen demi keselamatan negara," katanya yang juga Menteri Dalam Negeri pada sidang media selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KDN di sini, Khamis.

Ketetapan ini besar kemungkinan mempunyai kaitan dengan kematian Kim Jong-nam yang juga abang tiri pemimpin Korea Utara dalam insiden pembunuhan di KLIA2 pada 13 Februari lalu, selain pelbagai isu yang timbul akibat tindakan negara itu yang enggan memberi kerjasama untuk membantu melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, beliau akan diberi taklimat oleh penasihat perundangan Kementerian Dalam Negeri dan pejabat Peguam Negara berhubung status pakar kimia yang ditahan berhubung kematian Jong-nam.

"Kita akan tahu dalam beberapa jam lagi sama ada lelaki berkenaan akan dibebaskan atau siasatan akan dijalankan mengikut Akta Imigresen atau dihantar pulang," katanya.

Menurut laporan yang disiarkan, warga Korea Utara, Ri Jong Chol itu dijangka dibebaskan apabila tempoh tahanan remannya tamat Jumaat ini.

- mSTAR

Ri Jong-chol Diusir Balik Ke Korea Utara

by


Suspek warga Korea Utara yang ditahan berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam akan diusir balik ke negaranya pada Jumaat.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan Ri Jong-chol yang ditahan pada 18 Februari lalu akan dibebaskan daripada tahanan polis selepas tempoh tahanan reman keduanya tamat dan akan dihantar pulang ke Korea Utara.

"Dia tidak akan didakwa di sini kerana tiada bukti kukuh terhadapnya," katanya.

Apandi berkata, Jong-chol yang ditahan di kondominium di Jalan Kuchai Lama akan dihantar pulang kerana tidak memiliki dokumen sah.

Suspek itu yang dikatakan pakar kimia sepatutnya bekerja di bahagian teknologi maklumat Tombo Enterprise Sdn Bhd, syarikat yang mengeluarkan produk makanan tambahan bagi pencegahan kanser di Cheras.

Beliau yang berkelulusan dalam bidang sains dan perubatan dari universiti di Korea Utara pada 2000. Selepas 10 tahun dia bekerja sebagai di pusat penyelidikan di Kolkata, India sehingga 2011.

Jong-chol berkawan dengan seorang daripada empat lagi lelaki warga Korea Utara yang dipercayai dalang pembunuhan Jong-nam.

Empat lelaki itu adalah Ri Ji-hyon, 33; Hong Song-hac, 34; O Jong-gil, 55 dan Ri Jae-nam yang masih diburu polis.

Keempat-empat lelaki itu dipercayai telah melarikan diri dari negara ini dan pulang ke Pyongyang sebaik Jong-nam dibunuh di KLIA2 pada 13 Februari lalu.

Dua wanita yang menggunakan agen saraf VX untuk membunuh Jong-nam iaitu warga Vietnam, Doan Thi Huong dan rakyat Indonesia, Siti Aisyah didakwa membunuh di Mahkamah Majistret Sepang pada Rabu.

Sejadah Bijak Solat - Solatronik Ana Muslim

by


SEJADAH BIJAK SOLAT - SOLATRONIK

Sejadah interaktif yang dapat membantu ibu bapa menarik minat anak2 untuk solat dengan sempurna seawal umur 3 tahun.

Apa yg menarik tentang sejadah solatronik ini?

- DILENGKAPi TATACARA SOLAT LENGKAP bermula dengan niat solat sehingga bacaan doa selepas solat.

- ADA SENSOR yang mengesan setiap pergerakan anak2 dalam solat. Bacaan dalam solat akan dibacakan selari dengan pergerakan anak2.

- SUARA QARI kanak-kanak ketika bacaan surah & doa.

- BACAAN SOLAT & SURAH yang betul & tepat.

- DILENGKAPI SOLAT SUNAT seperti solat dhuha & solat istikharah.



- DIDATANGKAN DENGAN KOMPAS KIBLAT yang mampu menunjukkan arah kiblat dgn betul.

- HADIAH PERCUMA beg, buku, dan tuala ANA MUSLIM.

- BEG ANA MUSLIM yang mudah dibawa ke mana sahaja.

- Dapat menarik anak2 untuk solat dengan sempurna.

- Warranty selama SETAHUN

Harga : RM200 sahaja POSLAJU PERCUMA

Untuk tempahan, sila whatsapp 013 979 0000

Jawatan Kosong Universiti Malaya Mac 2017

by


Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan kosong Universiti Malaya Mac 2017 seperti berikut :

Guru Tadika N29
Gaji : RM1,493.00 – RM5,672.00
Kelayakan : Diploma pendidikan awal kanak-kanak

Juru X-ray U29
Gaji : RM1,797.00 – RM5,753.00
Kelayakan : Diploma dalam bidang radiografi, pengimejan perubatan, radioterapi

Jururawat Masyarakat U19
Gaji : RM1,360.00 – RM4,052.00
Kelayakan : SPM & Sijil Jururawat Masyarakat

Juruteknologi Makmal Perubatan U29
Gaji : RM1,797.00 – RM5,753.00
Kelayakan : Diploma dalam bidang teknologi makmal perubatan

Juruteknologi Pergigian U29
Gaji : RM1,797.00 – RM5,753.00
Kelayakan : Diploma dalam bidang kejururawatan pergigian

Juruterapi Pergigian U29
Gaji : RM1,797.00 – RM5,753.00
Kelayakan : Diploma dalam bidang kejururawatan pergigian

Pembantu Awam H11
Gaji : RM1,218.00 RM2,939.00
Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Pembantu Kemahiran H19
Gaji : RM1,218.00 RM2,939.00
Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Pembantu Perawatan Kesihatan U11
Gaji : RM1,204.00 – RM3,001.00
Kelayakan: Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah

Penolong Juruaudit W29
Gaji : RM1,498.00 RM5,678.00
Kelayakan : Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira-kira

Penolong Pegawai Farmasi U29
Gaji : RM1,797.00 RM5,753.00
Kelayakan : Diploma dalam bidang farmasi

Pemohon yang berminat mengisi jawatan kosong di UM, sila isi borang permohonan online melalui sistem e-Recruitment UM: http://e-recruitment.um.edu.my/bm_jawatankosong.php

Tarikh Tutup Permohonan : 5 Mac 2017

Jawatan Kosong Pejabat Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan 2017

by


Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.

- Pembantu Tadbir Gred 19
Kelayakan : SPM
Gaji : Rm54/hari
Kemahiran : MS Office, Adobe, Movie Maker, Kamera DSLR, Banner/Bunting/Poster, CD/DVD burner, Perkhidmatan Pelanggan



Pemohon yang berminat mengisi jawatan kosong di Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian WP boleh hantarkan resume melalui email:-

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Aras 0 – 4, Rumah Persekutuan,
Jalan Sultan Hishamuddin,
50678 Kuala Lumpur.

No. Tel. : 603 – 2610 3300
No. Faks : 603 – 2610 3499
Emel : tanahwila@ptgwp.gov.myPejabat Pengarah Tanah dan Galian
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Aras 0 – 4, Rumah Persekutuan,
Jalan Sultan Hishamuddin,
50678 Kuala Lumpur.

No. Tel. : 603 – 2610 3300
No. Faks : 603 – 2610 3499
Emel : tanahwila@ptgwp.gov.my


Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah Mac 2017

by


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada anak Negeri Melaka yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah Mac 2017 seperti berikut:

Akauntan (Gred Wa41)
Gaji : RM 2,820.00 – RM 9,585.00
Kekosongan : 1
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda Perakaunan

Penolong Pegawai Undang-undang (Gred L29)
Gaji : RM 1,773.00 – RM 5,674.00
Kekosongan : 1
Kelayakan : Diploma dalam bidang pentadbiran awam / undang-undang

Penolong Arkitek Landskap (Gred Ja29)
Gaji : RM 1,549.00 – RM 5,701.00
Kekosongan : 1
Kelayakan : Sijil dalam bidang teknologi landskap / seni bina landskap / perancang bandar / kejuruteraan awam (seni bina)

Pembantu Tadbir (Perkeranian/operasi) Gred N19
Gaji : RM 1,352.00 – RM 4,003.00
Kekosongan : 1
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia

Pembantu Penguatkuasa Gred Kp19
Gaji : RM 1,360.00 – RM 4,052.00
Kekosongan : 3
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia

Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Alor Gajah : http://www.mpag.gov.my/

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Alor Gajah
Jalan Dato’ Dol Said
78000 Alor Gajah, Melaka

Tarikh Tutup Permohonan : 13 Mac 2017

Malaysia Miliki Kepakaran Mengesan dan Menganalisis Agen Saraf VX

by

Malaysia mempunyai kepakaran dan teknologi untuk mengesan dan menganalisis Agen Saraf VX yang digunakan dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam biarpun negara tidak mempunyai pengalaman mengendalikan bahan kimia itu sebelum ini.

Profesor Jabatan Kimia Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Prof Dr Abdul Rahim Yacob berkata kepakaran ahli kimia negara diiktiraf seluruh dunia dan tidak sewajarnya ada pihak meragui analisis dan siasatan yang dibuat berkaitan kes itu.

Berpengalaman dalam bidang sains forensik lebih 20 tahun dan pernah berkhidmat sebagai ahli kimia di Jabatan Kimia Malaysia selama 10 tahun, Abdul Rahim yakin jabatan berkenaan mempunyai kebolehan menjalankan analisis senjata kimia itu.

"Ahli kimia kita wajib berdaftar setiap tahun dengan Institut Kimia Malaysia (IKM). Ini kerana, mereka terikat dengan Akta Ahli Kimia Malaysia iaitu tidak boleh mengesahkan atau mengeluarkan sebarang laporan seperti laporan bedah siasat sekiranya tidak berdaftar.

"Kita juga mempunyai kelengkapan teknologi canggih mengesan racun dan sisa-sisa kimia seperti mesin High-performance liquid chromatography (HPLC), UV Detector dan gas chromatography. Jadi, tidak perlu timbul keraguan," katanya.

Abdul Rahim berkata sehubungan itu tidak timbul keperluan untuk Malaysia menggunakan kepakaran negara luar berikutan memiliki kepakaran tempatan dan teknologi terkini bagi mengkaji penggunaan bahan toksik itu dalam kes berkenaan.

Senjata kimia yang tidak mempunyai rasa serta bau itu boleh melumpuhkan sistem saraf dan orang yang terkena VX boleh mati dalam masa setengah jam akibat tidak boleh bernafas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata bahan kimia 'Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphonothiolate' atau Agen Saraf VX telah digunakan dalam pembunuhan Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Februari lepas untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila tiba-tiba dihampiri dua wanita dan menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka yang mengandungi cecair beracun.

Jong-nam, yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, mendapatkan bantuan di kaunter khidmat pelanggan di lapangan terbang itu dan segera dihantar ke Hospital Putrajaya namun meninggal dunia semasa dalam perjalanan.

- BERNAMA

Lelaki India Nama Cina Pada MyKad

by

Seorang lelaki berusia 34 tahun yang secara tiba-tiba menarik perhatian ramai selepas MyKadnya menjadi tular di media sosial kerana dikatakan mempunyai penampilan yang tidak sepadan dengan namanya, sebenarnya adalah rakyat Malaysia.

Netizen mendakwa lelaki itu yang bernama Pang Chee Pin, merupakan warga Bangladesh disebabkan dia tidak kelihatan seperti orang Cina.

Kunjungan The Star ke alamat di Segamat Baru yang tertera pada MyKad itu mendedahkan bahawa Pang dibesarkan oleh keluarga angkat berketurunan Cina sejak dia dilahirkan. Bagaimanapun, dia tidak lagi menetap di sana.

Sepupunya yang hanya mahu dikenali sebagai Susan, 50, berkata, dia pernah tinggal bersama Chee Pin sejak sepupunya itu berusia setahun.

Katanya, Chee Pin dijadikan anak angkat dan dibesarkan oleh mendiang bapa saudaranya.

"Saya dan dia adalah sepupu. Tetapi bapa saudara saya meninggal dunia kira-kira 25 tahun lalu, ibu bapa saya mengambil alih menjaga dia. Dia meninggalkan rumah kami kira-kira enam tahun lalu.

"Kali terakhir kami berjumpa adalah kira-kira tiga tahun lalu di Kuala Lumpur semasa dia dimasukkan ke hospital kerana masalah buah pinggang," katanya ketika ditemui di kediamannya di Segamat. Tambahnya, sejak itu mereka terputus hubungan.

Menurut Susan, bapa saudara memberi nama sepupunya dengan nama Cina selepas menjadikannya sebagai anak angkat dari keluarga kandung berketurunan India di Simpang Renggam.
Katanya, Chee Pin mempunyai nama India selepas dilahirkan.

Tambah Susan, bapa saudaranya meminta kebenaran daripada pihak berkuasa berkaitan bagi membolehkan nama anak angkatnya itu ditukarkan kepada nama Cina.

Chee Ping fasih berbahasa Mandarin, Hakka dan Kantonis dan bersekolah yang sama dengan Susan di sebuah sekolah rendah Cina.

"Menurut ibu, Chee Pin dijadikan anak angkat oleh bapa saudara saya dan isterinya bagi membantu mengurangkan beban keluarga kandung Chee Pin," katanya, sambil menambah bapa saudaranya turut mempunyai dua anak perempuan.

Susan berkata, dia menyedari mengenai MyKad milik sepupunya yang menjadi tular, sambil menambah pihak polis telah datang ke rumahnya pada Ahad bagi merekodkan keterangannya.

Menurut Susan, lelaki di dalam MyKad itu adalah rakyat Malaysia dan berharap orang ramai berhenti berkongsi paparan kad pengenalan milik sepupunya itu di media sosial.

- mSTAR

RHB Islamic Salur Dana RM50 Juta Untuk Pembangunan Usahawan Teraju

by


RHB Islamic Bank Bhd menyasarkan untuk menyalurkan sekurang-kurangnya RM50 juta tahun ini bagi pembiayaan pembangunan usahawan di bawah program Dana Teras oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju).

Pada masa ini, ada sebanyak 1,014 syarikat di bawah program Teras yang dilancarkan pada 2011.
Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusannya, Datuk Adissadikin Ali berkata  lebih RM200 juta daripada dana RM400 juta itu telah disalurkan pada 2016 menerusi kerjasama dengan Teraju yang bermula pada 2012.

"Dana asas program sebanyak RM80 juta itu diuruskan oleh kami (RHB Islamic). Bagaimanapun, kami berjaya meningkatkannya dengan memanfaatkan sumber sehingga mencecah RM400 juta iaitu lima kali lebih banyak daripada saiz dibenarkan pihak Teraju," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Adissadikin berkata demikian kepada pemberita pada majlis pemeteraian kolaboratif bank itu dengan Institut Keusahawan Negara (INSKEN) menerusi Program Latihan dan Pembangunan Keusahawanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

INSKEN merupakan penyelaras program latihan usahawan di negara ini di bawah Teraju yang berperanan sebagai sekretariat Majlis Ekonomi Bumiputera.

Di bawah kerjasama itu, RHB Islamic akan menyediakan khidmat nasihat kewangan berstruktur kepada usahawan PKS, termasuk aspek pengurusan simpan kira serta panduan kepada keperluan perbankan dan kewangan.

Program itu juga bertujuan melibatkan lebih 14,000 usahawan yang berdaftar di bawahnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Datuk Husni Salleh berharap kerjasama dengan bank itu akan dapat membantu kalangan usahawan mencapai potensi sepenuhnya.

"Ramai usahawan memiliki potensi besar tetapi kekurangan pengetahuan bagi pengurusan risiko seperti aspek aliran tunai syarikat, pegangan saham dan sebagainya.

"Mereka perlu mempelajari, memahami serta mempertingkat (pengetahuan mengenai) keperluan pihak bank bagi membolehkan mereka memantapkan kemahiran pembangunan kapasiti, penerapan teknologi dan akses pasaran," katanya.

Kerjasama itu juga merupakan sebahagian daripada komitmen bank untuk menyokong agenda kerajaan bagi mempertingkatkan peranan PKS dalam negara, katanya.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90