Top Ad 728x90

Siaran Digital MyFreeview Dilancar 6 Jun 2017

by


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam Selasa membuka lembaran baharu dunia penyiaran negara dengan melancarkan perkhidmatan televisyen terestial digital (DTT) myFreeview yang boleh dinikmati secara percuma oleh rakyat.

Ini secara rasmi menandakan industri penyiaran negara kini bertukar daripada analog ke sistem digital dalam usaha kerajaan menyediakan khidmat penyiaran televisyen dan radio terbaik untuk rakyat.

Sehubungan itu, Najib mengumumkan 4.2 juta dekoder percuma untuk diagihkan kepada mereka yang layak termasuk golongan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Bilangan itu merangkumi 2.2 juta set dekoder percuma sumbangan kerajaan sebagai tambahan kepada dua juta set dekoder yang diperuntukkan MYTV Broadcasting Sdn Bhd, syarikat yang dilantik untuk mengendalikan infrastruktur dan kemudahan rangkaian DTT.

"Kerajaan melalui SKMM telah melantik syarikat MYTV pada 2014 sebagai pemegang lesen penyedia infrastrukur tunggal dan MYTV bertanggung jawab untuk membina dan mengendali infrastruktur myFreeview untuk tempoh 30 tahun akan datang."

"Pemberian dekoder percuma ini membolehkan mereka menikmati Siaran Digital myFreeview yang percuma tanpa yuran bulanan. Pemberian dekoder percuma ini akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga suku kedua 2018," katanya ketika berucap melancarkan myFreeview.

Najib berkata pemberian dekoder percuma kepada isi rumah yang layak daripada senarai BR1M itu antara lain bagi mempercepatkan proses migrasi daripada analog ke digital dan berbanding negara-negara maju serta tetangga dalam ASEAN.

Malaysia merupakan negara yang mengambil pendekatan menyediakan dekoder percuma untuk rakyatnya terutamanya bagi mereka yang memerlukan bantuan.

Perdana menteri berkata myFreeview termasuk dalam Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional yang bakal membolehkan kerajaan meraih pulangan dividen digital dengan pelepasan spektrum yang diguna pakai oleh penyiaran TV analog selama ini.

Katanya, spektrum tersebut akan diperuntukkan semula bagi tujuan perkhidmatan komunikasi moden yang lain seperti menambah baik rangkaian selular dan perkhidmatan jalur lebar mudah alih berkelajuan tinggi.

Najib menegaskan, projek di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dipantau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) adalah sebahagian daripada agenda nasional untuk mentransformasikan industri penyiaran negara melalui pendigitalan dengan tujuan mempertingkatkan taraf hidup rakyat ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020.

- BERNAMA


Cuti sekolah seminggu sempena Aidilfitri 2017

by


Sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan bakal menikmati ‘cuti panjang’ selama seminggu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 25 Jun 2017.

Kementerian Pendidikan dalam satu pekeliling sebelum ini memberitahu, bagi sekolah kumpulan A yang terdiri daripada Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu, akan mula bercuti pada 23 Jun sehingga 1 Julai ini.

Bagi sekolah Kumpulan B yang terdiri daripada Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan pula akan bercuti pada 24 Jun sehingga 2 Julai ini.

“Kementerian telah menyelaraskan tarikh-tarikh cuti perayaan bagi sesi persekolah bagi 2017 yang melibatkan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Kaamatan, Hari Gawai dan Hari Natal.

“Semua sekolah hendaklah mematuhi cuti perayaan yang diperuntukkan kementerian dan cuti ini tidak perlu diganti,” kata pekeliling yang dikeluarkan Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, di sini baru-baru ini.

Kekeliruan timbul ekoran penyebaran jadual cuti persekolahan selama seminggu di media sosial yang didakwa terlalu hampir dengan cuti pertengahan tahun selama dua minggu bermula 26 dan 27 Mei lalu.

Ini bermakna, murid dan pelajar akan bersekolah selama dua minggu selepas berakhir cuti pertengahan pada 11 Jun ini, sebelum kembali bercuti selama seminggu sempena Aidilfitri.

Sementara itu, cuti pertengahan tahun kali ini serentak dengan cuti perayaan Hari Kaamatan pada 30 dan 31 Mei sementara Hari Gawai pula jatuh pada 1 dan 2 Jun. 

- UTUSAN


Video Gadis Ceti Tuntut Hutang Viral

by


Masih ingat lagi video tular sebelum ini mengenai seorang gadis yang menuntut hutang daripada rakannya dengan aksinya yang mencuit hati?

Kali ini, gadis tersebut kembali dengan video baharu yang masih dengan telatah lucu membuatkan sesiapa sahaja yang menontonnya tidak kering gusi.

Menerusi video yang dikongsikan dalam laman sosial termasuk di Facebook Nurhayati Tahir (Bunga Marshelloop), gadis tersebut berkongsi ‘berita gembira’ mengenai rakannya telah melangsaikan hutang.

Menariknya, ‘rakannya yang berhutang’ itu kali ini sendiri menghubunginya berbanding sebelum ini enggan menjawab panggilan apabila dihubungi.

“Hello aku nampak video engkau, nasib baik engkau tak letak muka aku. Terima kasihlah, malunya kalau ada muka aku. Baru empat tahun tak bayar, aku nak bayarlah ni,” katanya yang melakonkan watak ‘rakan berhutang’ itu dengan gaya bersahaja.

“Hutang dah langsai! Sekarang dah tak payah makan tahi gigi, dah gosok bersih bersih dah. Boleh raya cantik cantik, terima kasihlah dah bayar balik duit itu,” katanya sambil terus menunjukkan reaksi wajah ceria melucukan.

Video berdurasi dua minit dan 16 saat itu kemudiannya diakhiri dengan pantun dua kerat buat rakannya.

“Empat tahun makan tahi gigi, lepas ini tak bagi pinjam lagi,” katanya sambil menambah bahawa dia dahulu bukannya bodoh kerana bagi pinjam, tetapi kurang cerdik.

“Cukuplah sekali saja bagi pinjam,” katanya.

Nurhayati sebelum ini mendapat perhatian netizen kerana banyak menghasilkan video gurauan tetapi sarat dengan mesej dan dekat dengan kehidupan masyarakat.

- mSTAR

Berpuasa bagi wanita hamil

by
Oleh Profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain

Untuk memutuskan sama ada seseorang ibu itu perlu berpuasa atau tidak sangat bergantung kepada keadaan nutrien ibu, sekali gus memenuhi zat makanan bayinya. Dalam kata lain, soal nutrien harus mendapat perhatian yang serius oleh ibu-ibu hamil . Perlu juga diingat ketika hamil seorang ibu harus memikirkan keperluan dirinya dan juga anak yang sedang dikandungnya.

Jika tidak mengubah tabiat pemakanan, anak yang di dalam kandungan akan turut terjejas. Kekurangan makanan berzat walau sedikit pun akan menjejaskan kesihatan mereka.

Alhamdulillah, puan sudah berada pada trimester kedua (bulan keempat hingga keenam kandungan). Kebiasaannya, semasa awal kandungan iaitu bulan pertama hingga ketiga, ibu hamil sentiasa mengalami gejala mual, pening dan muntah yang kerap, sebaik-baiknya tidak berpuasa.

Pada masa ini, bayi amat memerlukan nutrien dan kalori yang amat tinggi daripada ibu. Sekiranya anda tidak mengalami masalah di atas, anda bolehlah berpuasa. Seelok-eloknya, jika ibu ingin berpuasa, masa paling sesuai adalah semasa kandungan berusia empat hingga enam bulan. Ibu-ibu juga dinasihatkan agar sentiasa mendapat pengawasan daripada doktor.

Ibu-ibu yang mempunyai penyakit, disarankan agar tidak berpuasa jika mengalami alahan yang teruk ( sentiasa lemah, mual dan mengalami kekurangan air dalam badan), penyakit kronik seperti diabetes mellitus, hipertensi, penyakit buah pinggang, anemia semasa mengandung, oligohidramnios (air mentuban yang sedikit), pesakit jantung, tumbesaran bayi yang terencat dan mengalami perdarahan semasa hamil .

Seseorang ibu juga tidak seharusnya menjadikan kehamilan sebagai alasan untuk makan secara berlebihan terutamanya semasa Ramadan. Piramid makanan boleh dijadikan panduan bagi mendapatkan pemakanan yang berzat dan seimbang. Pengambilan pelbagai jenis makanan dan juga kuantitinya amat penting.

Untuk memastikan ketahanan tubuh cukup kuat, ibu harus mengutamakan makanan dengan kalori dan protein yang tinggi seperti daging. Ia juga menyebabkan perut lambat berasa lapar. Bagaimanapun, tuntutan pertambahan kalori tidaklah setinggi tuntutan nutrien lain. Elakkan pengambilan karbohidrat dan gula kerana ia hanya menambah kalori. Serat dan sayur-sayuran jangan pula dilupakan.

Banyakkan minum air dan susu untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak dua hingga tiga liter sehari. Jika tidak mampu, minum air kosong sahaja, bolehlah dicampur jus, sirap dan sebagainya. Minumlah air sepanjang malam dan sekiranya kerap membuang air kecil, ia petanda baik yang menunjukkan seseorang itu tidak mengalami dehidrasi. Biasanya seseorang wanita hamil memerlukan lebih kurang dua liter air sehari.

Oleh itu, bagi memastikan bekalan air yang mencukupi untuk tubuh, anda seharusnya meminum air dengan kerap selepas waktu berbuka puasa. Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka.

Tujuannya memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan. Ingat, jangan makan berlebihan dan elak makanan yang mempunyai kandungan garam tinggi seperti telur dan ikan masin. Berbuka puasalah perlahan-lahan agar perut tidak terkejut. Untuk membantu penghadaman, kunyah makanan dengan baik.

Untuk anda yang mampu menahan lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadam makanan banyak serat.

Selain makanan berserat dan protein, sebaik-baiknya sediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari.

Kesimpulannya, wanita hamil boleh berpuasa jika mempunyai kekuatan dan tidak mengalami komplikasi kehamilan. Bagi yang tiada kekuatan akibat penyakit semenjak sebelum berkahwin atau dihidapi semasa hamil , dibenarkan berbuka dan harus menggantikannya semula.

- Utusan

Punca Nahas Helikopter Di Sarawak Didedah

by


Punca nahas helikopter Eurocopter AS350 di Batang Lupar, berhampiran Sebuyau, Sarawak pada Mei tahun lepas adalah disebabkan keadaan cuaca buruk dan juruterbang yang tidak biasa dengan kawasan persekitaran, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata perkara itu dikemukakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara dalam laporan akhir nahas helikopter itu, yang akan dimuat naik ke laman web Kementerian Pengangkutan (www.mot.gov.my) dalam masa terdekat.

Liow berkata laporan akhir yang telah dibentangkan di Kabinet pada bulan lepas itu mendapati ketika kemalangan berlaku, helikopter berkenaan telah memasuki kawasan yang mengalami hujan lebat dan ribut.

"Kita buat siasatan dan dapati bahawa helikopter tersebut memasuki kawasan ribut dan ketika itu laporan kaji cuaca daripada Jabatan Meteorologi juga menunjukkan kawasan kemalangan itu adalah kawasan hujan lebat.Kemalangan tidak melibatkan masalah teknikal sebaliknya cuaca dan juruterbang.

"Kalau orang biasa dengan laluan tersebut mungkin mereka akan elak tetapi juruterbang itu daripada luar negara dan tidak fasih (biasa) dengan keadaan sini, jadi juruterbang ikut GPS (sistem kedudukan global) dan itu kemungkinan kemalangan berlaku," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis pelancaran Buku Sejarah Penubuhan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di Setapak.

Liow berkata laporan akhir itu turut mengesyorkan mana-mana syarikat, individu atau agensi yang menggunakan juruterbang luar negara perlu melalui kursus khas penerbangan helikopter dalam negara sebelum dibenarkan menerbangkan pesawat.

"Kursus ini bagi juruterbang warga asing biasakan diri dengan suasana, cuaca dan keadaan sekeliling kawasan di negara ini sebelum dibenarkan untuk menerbangkan mana-mana helikopter di negara ini," katanya.

Pada 5 Mei tahun lepas pesawat malang itu terhempas di Batang Lupar dengan mengorbankan enam penumpang termasuk juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Noriah Kasnon dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

- Bernama

Model Iriz Dipertingkat

by


Proton Holdings Bhd secara rasmi memperkenalkan Proton Iriz yang dipertingkat pada Isnin dan kereka itu boleh diperoleh di semua bilik pameran di seluruh negara.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, Proton Iriz baharu itu mempunyai tahap bunyi dan getaran yang lebih rendah, petunjuk bantuan pemanduan eko dan kalibrasi unit kawalan enjin yang dipertingkat bagi tindak balas linear untuk meningkatkan pemanduan.

"Kami tidak akan berkompromi dengan standard dan ciri-ciri keselamatan dan Iriz terkenal kerana ciri-ciri keselamatannya yang cemerlang.

"Sejak diperkenalkan pada September 2014, kami telah menjual lebih 45,000 unit, menjadikannya kereta Proton kedua paling laris sejak memulakan pengeluaran, selepas Saga," katanya.

Iriz dikeluarkan dalam empat varian, iaitu 1.3L Standard (MT dan CVT), 1.3L Executive CVT dan 1.6L Premium CVT.

Dijual dengan harga daripada RM43,800 hingga RM58,800 seunit, ia boleh didapati dalam lima warna, iaitu Ruby Red, Carnelian Brown, Graphite Grey, Atlantic Blue dan Cotton White.

- Bernama

Tarikh Pembayaran Bonus Raya 2017 Kakitangan Kerajaan

by



Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri 2017sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017. Bantuan Khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017.

Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion.

Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2017.

Kementerian Kewangan
Putrajaya

Jambatan Pulau Sekati mula dibuka 30 Mei 2017

by


Fasa pertama Jambatan Pulau Sekati yang menghubungkan bandar raya Kuala Terengganu dengan Kuala Nerus mula dibuka kepada pengguna mulai petang 30 Mei 2017.

Laluan sepanjang tiga kilometer itu menghubungkan Pulau Sekati yang berada di tengah-tengah Sungai Terengganu ke Losong dan Paloh.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, ia merupakan satu lagi laluan alternatif untuk orang ramai ke pusat bandar dengan perjalanan yang lebih cepat dan selesa.

Menurut beliau, pembukaan sebahagian daripada jambatan tersebut dapat memberikan kelegaan kepada pengguna terutama menjelang Aidilfitri.

“Laluan fasa kedua sepanjang tiga kilometer ke Banggol Tuan Muda dan Jeram Tok Kong, Manir di sini pula akan dibuka 19 Jun2017.

“Keseluruhan projek Jambatan Pulau Sekati sepanjang enam kilometer ini melibatkan peruntukan sebanyak RM245 juta,” katanya.

- Kosmo!

Selepas 4 Tahun Kahwin, Pakar Sahkan Mawar Hamil

by


Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Mawar akhirnya disahkan hamil beberapa minggu selepas empat tahun berumah tangga. 

Berita gembira itu diumumkan oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat. 
Katanya, Mawar hamil selepas menjalani beberapa pembedahan dan mendapat beberapa rawatan susulan. 

"Setelah menjalani pembedahan dan berbagai rawatan susulan akhirnya dengan izin dan rahmat Allah SWT Mawar hamil. 

"Sekarang dalam peringkat awal kehamilan. Dalam keadaan biasa, risiko gugur sebelum 12 minggu kehamilan adalah dalam lingkungan 10 peratus.

"Risiko ini meningkat bagi mereka yang mengalami masalah kesuburan dan khususnya yang menjalani pembedahan pada peranakannya," tulis pakar perubatan itu di laman sosial Facebook miliknya. 

"Saya Akan Sahkan Nanti"

Dalam pada itu, Dr Hamid turut memberi nasihat dan memberi panduan kepada pasangan itu untuk menjaga kehamilan tersebut. 

"Rehat banyak-banyak, tenangkan fikiran dan kurangkan kerja-kerja berat serta perjalanan jauh dan tangguhkan penerbangan. 

“Pada asasnya kurangkan stress kerana ia boleh mencetuskan kuncupan rahim dan seterusnya mengancam untuk gugur,” ujarnya. 

Dr Hamid turut meminta Mawar agar makan makanan berzat dan berkhasiat segar dan mentah selain lebihkan buah-buahan dan sayur jus buah dan salad. 

Dia turut meminta orang ramai agar terus mendoakan kehamilan Mawar sehingga selamat melahirkan seorang cahaya mata. 

Fizo atau Wan Hafizul Wan Omar, 32, berkahwin dengan Mawar Abdul Karim, 28, pada 10 November 2013.

Fizo Omar berkata, isterinya Mawar Abdul Karim, 28, pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kecil pada 16 Januari 2016 bersama Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat.

Pun begitu Kata Fizo, dia percaya selain faktor ketumbuhan, ada beberapa faktor lain yang turut menyumbang kepada kesukaran isterinya itu untuk hamil.

"Paling tepat untuk saya katakan, ia berkait-rapat dengan rezeki Allah namun saya percaya beberapa faktor lain turut menyumbang kepada permasalahan itu seperti pemakanan dan tekanan kerja kerana kami memang dikenali sebagai pasangan aktif bekerja.

"Tapi itulah, kalau Allah dah nak bagi... selepas setahun lebih menjalani pembedahan kecil membuang ketumbuhan tersebut, akhirnya kami terima berita gembira ini," katanya.

- mStar

Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong Pada 29 Julai

by


Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong Pada 29 Julai

Kerajaan bersetuju tarikh sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V dipinda dari Sabtu minggu pertama bulan Jun kepada Sabtu minggu terakhir Julai sepanjang lima tahun pemerintahan Seri Paduka sehingga 2021.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM),  pindaan itu mengambil kira hari Sabtu minggu pertama Jun pada 2017, 2018 dan 2019 jatuh dalam bulan Ramadan.

“Dengan pindaan tersebut, sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka dapat diraikan bersama-sama rakyat jelata melalui penganjuran acara yang dijadualkan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyatakan bagi tahun ini, Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan disambut pada Sabtu, 29 Julai.

- Bernama

BR1M Peringkat Kedua 2017 Dibayar Bermula 5 Jun

by


Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 akan menerima pembayaran peringkat kedua akan dibuat mulai 5 Jun 2017 ini.

Menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada Rabu, pembayaran yang bersempena sambutan Hari Raya Adilfitri itu melibatkan penerima yang telah menerima BR1M 2017 semasa peringkat pertama sebelum ini, manakala pembayaran bagi permohonan rayuan dijangka pada 17 Jun ini.

"Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima, dan bagi mereka yang tidak mempunyai nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau emel kepada br1m@treasury.gov.my


Tarikh melihat anak bulan Ramadan 2017

by
Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah Jumaat, 26 Mei 2017 bersamaan 29 Syaaban 1438 Hijrah.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen.

29 lokasi melihat anak bulan adalah seperti berikut:

1. Pontian Kecil, Johor
2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka
3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor
5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor
6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor
7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak
8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang 9. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah
10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah
11. Menara Alor Setar, Kedah
12. Bukit Besar, Kuala Terengganu; Terengganu
13. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu
14. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu
16. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan
17. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan
18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu, Kelantan
19. Esplanade Luak, Miri, Sarawak
20. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak
21. Tanjung Batu, Kuching, Sarawak
22. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah
23. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang
24. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang
25. Bukit Pelindung, Kuantan, Pahang
26. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.
27. Menara Kuala Lumpur
28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
29. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

Fattah Amin Bintang Paling Popular ABPBH 30

by

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 30 - 2017


Aktor Fattah Amin diumumkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 30 (ABPBH 30).

Fattah turut memenangi kategori Pelakon TV Lelaki Popular dan dua kategori online iaitu Artis Sensasi dan Gandingan Serasi Dalam Drama bersama aktres Neelofa pada acara yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di Putrajaya.

Kemenangan itu membolehkan Fattah membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta jenama Peugeot 408 beserta trofi.

Sementara itu, bintang yang muncul daripada aplikasi Smule iaitu Khai Bahar memenangi dua kategori iaitu Artis Baharu Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular.

Majlis gilang gemilang itu diacarakan oleh Zulin Aziz, Faizal Ismail dan Fauziah Ahmad Daud.

Senarai Pemenang ABPBH 30:
1) BINTANG PALING POPULAR: FATTAH AMIN
2) PENYANYI LELAKI POPULAR: KHAI BAHAR
3) PENYANYI WANITA POPULAR: SITI NORDIANA
4) ARTIS DUO/ BERKUMPULAN POPULAR: AKIM & THE MAJISTRET
5) ARTIS BARU LELAKI POPULAR: KHAI BAHAR
6) ARTIS BARU WANITA POPULAR: SWEET QISMINA
7) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR: ZUL ARIFFIN
8) PELAKON FILEM WANITA POPULAR: FAZURA
9) PELAKON TV LELAKI POPULAR: FATTAH AMIN
10) PELAKON TV WANITA POPULAR: JANNA NICK
11) ARTIS KOMEDI POPULAR: ZIZAN RAZAK
12) PENGACARA TV POPULAR: NEELOFA
13) PENYAMPAI RADIO POPULAR: RADIN (ERA FM)
14)ARTIS VERSATIL POPULAR: IFA RAZIAH

Anugerah Khas
ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT: ELLA

Kategori Online
GANDINGAN SERASI DRAMA: NEELOFA DAN FATTAH AMIN (SURI HATI MR.PILOT)
GANDINGAN SERASI FILEM: SYAMSUL YUSOF & NABILA HUDA (MUNAFIK)
PERSONALITI MEDIA SOSIAL: SI MAKHLUK MACHO
ARTIS BERPENGARUH LAMAN SOSIAL: NEELOFA
ARTIS SENSASI: FATTAH AMIN

Bayi Dikeluarkan Dari Perut Ibu Meninggal

by


Doktor di Singapura mengeluarkan seorang bayi pramatang dari perut ibunya warga Malaysia yang juga mangsa kemalangan maut di Jurong West pada Sabtu.

Wanita yang dikenal pasti sebagai Goh Chieh Ting, 25, sedang mengandung enam bulan semasa dilanggar sebuah lori ketika sedang melintas jalan, lapor Shin Min Daily News.

Mangsa bagaimanapun tidak bertindak balas semasa menerima rawatan di hospital dan kemudiannya disahkan meninggal dunia.

Namun, doktor melakukan pembedahan kecemasan dan berjaya menyelamatkan anak perempuan mangsa yang kini berada dalam keadaan stabil.

Kemalangan maut itu berlaku kira-kira pukul 8 pagi di Jurong West Avenue 1 menghala ke Jalan Kerjasama dekat Blok 456.

Saksi memberitahu akhbar tersebut bahawa Chieh Ting sedang memegang tangan seorang wanita ketika melintas jalan itu.

Difahamkan seorang lagi wanita yang selamat adalah ibu mertuanya.

Tanpa diduga, sebuah lori keluar dari tempat letak kereta dan berpusing ke kanan dan gagal menghentikan kenderaannya lalu melanggar Chieh Ting.

Mangsa berasal dari Johor dan memegang permit lawatan jangka masa panjang dan tinggal di lokasi kemalangan bersama keluarga mertuanya.

Ketika kemalangan, Chieh Ting dan ibu mertuanya baharu sahaja menikmati sarapan pagi dan mahu melintas jalan untuk pergi ke pasar berdekatan.

Selepas kejadian, Chieh Ting yang tidak sedarkan diri dikejarkan ke Hospital Umum Ng Teng Fong.

Namun dia disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 9.30 pagi Sabtu kerana mengalami pendarahan di kepala.
Ketika dihubungi, polis berkata pemandu lori berusia 46 tahun itu sudah ditahan kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian.

– The Straits Times/Asia News Network

Penulis Blog UK Bantu Halang Malware

by


Seorang penulis blog dari United Kingdom (UK) menemui helah untuk menghentikan serangan siber global.

Penulis blog itu yang cuma dikenali dengan identiti @MalwareTechBlog menjumpai kelemahan dalam pengekodan yang bertindak sebagai suiz pembunuh.

Serangan siber sudah berjaya melumpuhkan Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS) dan pengilang kereta Nissan di negara itu.

Penulis blog yang berusia 22 tahun itu sebenarnya menemui kelemahan tersebut ketika dia mendaftar sebuah domain dengan nama yang digunakan oleh 'malware' pada harga 8 Pound Sterling (RM45).

Kaedah 'hack' itu mula tular pada Jumaat berjaya memulihkan semua laman web yang terjejas.

Menteri Dalam Negeri UK, Amber Rudd berkata kepada portal berita Mirror, semua 48 laman web yang diserang sudah kembali normal untuk digunakan.

- mSTAR

Punca Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah

by



ZAMAN KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN DAULAH UTHMANIYYAH

Daulah Uthmaniyyah mulai lemah selepas wafatnya Sultan Sulaiman al-Qanuni pada 1566 M. Walau bagaimanapun bibit-bibit kemerosotan dan kehancuran kerajaan itu telah bermula semasa kejayaan-kejayaan sedang berlaku pada zaman Sultan Sulaiman itu lagi. Antaranya, berkaitan dengan masalah perwarisan takhta kurang teratur dan sifat inginkan kuasa di pihak pembesar dan tentera Yenisari. Contohnya bagaimanaa perebutan kuasa telah berlaku selepas kematian Sultan Beyazid II sehingga hampir menghancurkan kerajaan Uthmaniyyah dan juga pemberontakan Yenisari terhadap Sultan Muhammad II yang memangku jawatan sultan yang ditinggalakan oleh ayahnya.

Faktor paling utama tumbang sama sekali Kerajaan Uthmaniyyah ialah semakin jauhnya pemerintahan Uthmaniyyah daripada Syariah Islam, lebih-lebih lagi peringkat akhir pemerintahan Sultan Sulaiman al-Qanuni. Ditambah lagi, nampaknya soal menasihat pemimpin tertinggi dan perlaksanaan "amar maaruf nahi munkar" lebih diabaikan oleh para pembesar dan ulama. Malah, yang lebih parah, golongan ini pun turut sama melakukan kegiatan-kegiatan maksiat atau songsang dan menganjurkan budaya jahiliyyah. Di akla itu, terdapat amalan tasawwuf songsang seperti Tariqat Bektasyi dan Tariqat Mevlevi yang menghasut pemikiran rakyat sehingga meeka menjadi lemah dan melupakan pembangunan duniawi yang diperlukan manusia.

PEMIMPIN YANG LEMAH DAN TIDAK BERKELAYAKAN

Dalam Islam, soal kepimpinan adalah amat penting. Oleh sebab itulah Rasulullah SAW telah bersabda,"Sekiranya amanah (tugas kepimpinan) diberi kepada bukan ahlinya (orang yang tidak layak, yakni tidak berkemampuan), tunggulah saat (Kehancuran)." - al-Hadith "Sekiranya ada tiga orang daripada kamu sedang dalam pengembaraan, maka hendaklah dipilih salah seorang daripada kamu sebagai amir (pemimpin)". Rasulullah juga mengingatkan tentang kepimpinan yang maksudnya lebih kurang, "Sekiranya amanah (tugas kepimpinan) diberi kepada bukan ahlinya (orang yang tidak layak, yakni tidak berkemampuan), tunggulah saat (Kehancuran)." Jelasnya, pemimpin itu mestilah dipilih dan ia sepatutnya diberi kepada seorang yang benar-benar layak dari segi agama dan berkemampuan untuk mengurus masyarakat dengan baik.

Malangnya,pihak Dinasti Uthmaniyyah tidak mengikut garis panduan Syariah iaitu menjalankan syura yang lebih bebas pihak Dinasti Uthmaniyyah tidak mengikut garis panduan Syariah iaitu menjalankan syura yang lebih bebas dan tidak memilih sesiapa sahaja daripada keturunan Uthmani semata-mata sebagai sultan. Apa yang terjadi ialah pada awalnya Daulah Uthmaniyyah mengikut tradisi yang disebut oleh orang Barat sebagai "fraticide", yakni pihak Sultan membunuh sahaja saudara-saudaranya seperti yang diamalkan oleh pihak raja-raja Byzantine.

Sementara itu, kerap juga kita dapati bahawa calon sultan itu dipilih daripada individu yang terlalu calon sultan itu dipilih daripada individu yang terlalu muda hingga tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baikmuda hingga tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik, apalagi ketika negara sedang diancam musuh sama ada dari pihak Byzantine, negara-negara Eropah yang lain seperti Empayar Hapsburg (Kerajaan Austria-Hungary), Venice, Perancis, Syi'ah Safawi dan sebagainya. Akibatnya, kerajaan Uthmaniyyah dikawal oleh orang lain daripada kalangan pembesar, iaitu Wazir Besar (Perdana Menteri atau Sadrazam) sendiri, pihak harem (permaisuri atau wanita-wanita lain dalam istana), golongan pegawai istana, termasuk sida-sida (eunuch) atau golongan Yenisari. Misalnya, Sultan Muhammad IV yang menggantikan ayahnya Sultan Ibrahim menaiki takhta ketika umurnya hanya 7 tahun tidak dapat memerintah kerana usianya terlalu muda. Waktu itu, keadaan negara menjadi kucar-kacir disebabkan berlakunya perebutan kuasa, terutama terhadap jawatan Wazir Besar.

Permaisuri-permaisuri istana telah mengambil alih kuasa kerana Sultan Muhamad terlalu muda.
Ketika itu perpecahan politik telah berlaku dan menyebabkan sering terjadi pertukaran Wazir Besar.Sebelum terlantiknya Koprulu Muhamad Basha pada tahun 1656M, tidak kurang 13 orang Wazir Besar yang dilantik dan dipecat. Krisisnya berlarutan melibatkan dua wanita iaitu :
Walide Qasem
Walide tarkhan

Ibu Sultan Muhammad IV pada satu pihak dan antara kerajaan dengan Yenisari pada pihak yang lain. Krisis ini dapat diselesaikan oleh Koprulu Muhammad kerana beliau merupakan seorang wazir yang cekap dan bijak. Walaubagaimanapun, keadaan kembali menjadi genting kemudiannya apabila Siyawush Basha memberontak di Aleppo,Syria dan hal ini merebak hingga ke Istanbl. Kali ini, Sultan dituduh tidak mempedulikan hal rakyat dan asyik berhibur serta memburu sahaja. Hasil suatu mesyuarat yang diadakan di Masjid Aya Sofya pada November 1687M, sultan telah dipecat atas nasihat Qaim Maqam dan Timbalan Wazir Besar. Jelasnya di sini, sultan yang tidak cekap dan bertanggungjawab menyebabkan berlakunya krisis yang menggangu ketenteraman awam dan baginda terpaksa dipecat.

Dalam sistem pemilihan sultan, kuasa yang tertinggi dalam Empayar Uthmaniyyah,Sultan telah menciptakan suatu mekanisme untuk menghapuskan para pesaingnya dengan melakukan apa yang dinamakan oleh orang Barat sebagai "fratricide", yakni membunuh penentangnya seorang demi seorang sehingga tiada pencabar lagi. ialah putera diraja dipilih daripada individu yang paling berpengaruh dan disukai oleh golongan pembesar, khususnya Wazir Besar atau golongan Yenisari. Namun, Sultan Uthmaniyyah mempunyai isteri yang ramai, di samping gundik-gundik di istana. Hasilnya, apabila seseorang sultan meninggal dunia, maka ramailah putera-puteranya menanti peluang untuk berkuasa. Adakalanya, seorang bakal sultan itu terpaksa menghapuskan para pesaingnya yang terdiri daripada saudara-saudaranya sendiri atau sanak saudaranya yang terdekat. 

Sultan telah menciptakan suatu mekanisme untuk menghapuskan para pesaingnya dengan melakukan apa yang dinamakan oleh orang Barat sebagai "fratricide", yakni membunuh penentangnya seorang demi seorang sehingga tiada pencabar lagi. Contohnya, Sultan Muhammad III mengarahkan supaya 19 orang adik-beradiknya dibunuh dengan cara dicekik bagi memastikan kuasanya tidak dicabar di kemudian hari.
Muhammad I pula telah menaiki takhta setelah beliau berjaya menewas dan menghapuskan saudaranya Isa.
Menurut sesetengah penulis, proses "fratricide" sebenarnya dipelajari oleh para sultan Uthmaniyyah daripada tradisi yang diamalkan oleh Kaisar (Maharaja) Byzantine. Sebelum itu, mereka tidak pernah mengamalkannya.

Pada abad ke-17M, Sultan Ahmad I, yang menggantikan ayahnya,Sultan Ahmad I memperkenalkan amalan mewujudkan sangkar (The Cage) atau bilik kurungan bagi mengurung dan mengasingkan putera-putera raja di istana Sultan Muhammad III, pada 1603M, telah menukardasar imi dalam menyelesaikan masalah perebutan yang berlaku antara putera di raja Uthmaniyyah apabila mangkatnyaseseorang sultan yang memerintah. Tetapi formula yang dicarinya juga sama parah dan merosakkan seperti amalan "fratricide" itu. Kali ini, Sultan Ahmad I memperkenalkan amalan mewujudkan sangkar (The Cage) atau bilik kurungan bagi mengurung dan mengasingkan putera-putera raja di istana yang berhampiran dengan harem agar tidak berlaku usaha merebut atau merampas kuasa seperti yang lalu dan pembunuhan sesama keluarga.

Amalan pengasingan dan pengurungan itu juga ada buruknya terhadap kepimpinan Uthmaniyyah dan membawa kesan yang menggugat negara serta rakyat. Melalui sistem ini, sultan yang menaiki takhta biasanya lemah kerana tiada langsung pendedahan dan latihan mengenai soal politik, ketenteraan dan sebagainya sebelum dia dipilih memimpin negara. Antara implikasi daripada pendekatan ini :
Daulah Uthmaniyyah peringkat ini terpaksa berkompromi dengan musuh luar dari Eropah dan tidak dapat mempertahankan wilayahnya yang jauh.

Sultan terperangkap dengan pengaruh sama ada harem atau pegawai pentadbir yang lain mahupun Yenisari.
Adakalanya, kurungan yang terlalu lama menyebabkan setengah sultan menjadi gila apabila dia memegang kuasa.

Misalnya Sultan Mustafa I yang menggantikan Ahmad I telah meghabiskan lebih daripada 10 tahun dalam kurungan menunjukkan kesan-kesan kurang siuman.

Baginda melantik dua orang pengasuhnya (page) yang muda di istana yang beliau sukai untuk menjawat jawatan Gabenor di Kaherah dan Damsyik.

Baginda juga memecat seorang pegawai tinggi supaya dia dapat memberikan jawatan itu kepada seorang petani yang memberikannya air ketika beliau keluar memburu.

Selepas 3 bulan, baginda pun diturunkan dari takhta. Jika pada peringkat awal hinggahlah Zaman keemasan Uthmaniyyah semua sultan adalah ghazi. Namun, pada pada peringkat kemunduran itu, kebanyakkan sultannya, melainkan Murad IV,Mustafa III dan Abdul Hamid II, tidak mempunyai kemampuan untuk memimpin. Sebelum menaiki takhta, mereka hidup terkurung dan tiada pengalaman langsung tentang pentadbiran mahupun latihan ketenteraan.

Contohnya, Sultan Salim II yang menggantikan ayahnya, Sultan Sulaiman al-Qanuni, bukanlah seorang pemimpin tentera yang berkebolehan. Oleh itu, baginda tidak melakukan penaklukan-penaklukan seperti yang dilakukan oleh ayahnya.

Baginda terpaksa mengadakan gencatan senjata yang baru dengan Raja Perancis, Charles iX dan menambahkan juga keistimewaan yang diberikan kepada konsulat Perancis yang bermula pada zaman ayahnya. Dalam keadaan itu, Perancis telah menggunakan kesempatan untuk mengirimkan missionari mengapi-apikan orang kristian agar memberontak terhadap pemerintahan Uthmaniyyah.

Kedudukan rakyat juga tidak aman lagi, malah dirundung kebimbangan akan diserang oleh pihak musuh. Mujurlah wujudnya seorang mujahid agung dan ahli politik ulung yakni Muhammad Basya al-Shuqlali (Sokolli), yang bertindak sebagai seorang menteri yang memberi bantuan kepada kerajaannya.
Salim II juga tidak berkuasa mengawal tentera Yenisari. Baginda terpaksa tunduk kepada tuntutan pihak Yenisari semasa mula mengambilalih kuasa di Istanbul dengan membayar wang yang banyak sebagai cukai sebelum baginda dibenarkan untuk memasuki kota tersebut.

Dalam pada itu, Abdul Majid I (1839-1861) yang menggantikan ayahnya, Mahmud II, pada usianya hanya 16 tahun,Abdul Majid I (1839-1861) yang menggantikan ayahnya, Mahmud II, pada usianya hanya 16 tahun,lebih minat kepada corak kehidupan yang mewah, membazir dan berfoya-foya. lebih minat kepada corak kehidupan yang mewah, membazir dan berfoya-foya. Baginda telah membina sebuah istana yang besar lagi cantik mengikut gaya senibina Eropah. Istana ini dibina oleh seorang arkitek berketurunan Armenia bernama Balian dengan bajet yang tidak terhad. Istana ini dinamakan Dolmabache (Taman yang berhias penuh lagi indah). 
Dalam dihiaskan dengan perabot yang indah dari Eropah, bilik berdansa (ballroom), berlantai marmar dan dikelililngi taman yang cukup indah. Bagi menghilangkan penat lelah mengerjakan program pembahrauan (tanzimat), baginda juga membina sebuah theatre (panggung) bagi menghiburkan dirinya dan para pembesar serta hartawan di Istanbul. Baginda juga mengimpotkan para pelakon Eropah, penari Ballet, pelawak dan sebagainya yang memang terkenal di Eropah.

Ada juga sultan yang tamak dan rakus. Antaranya Abdul Aziz merupakan seorang pengagum Barat yang boros dan banyak menghabiskan harta negara, meskipun baginda juga merupakan seorang pengamal tariqat sehingga daulah Uthmaniyyah diisytiharkan bankrup (muflis).

Baginda banyak berhutang kepada pihak pemodal dan tokoh bank dari Britain dan Perancis. Hal ini meletakkan Uthmaniyyah dalam keadaan kebergantungan kepada Barat dari segi ekonomi dan mudah untuk dikuasai. Malangnya, teras ekonomi itu adalah Riba!!.

Baginda juga menghabiskan wangnya dengan berfoya-foya. Baginda terlalu gilakan seorang jariyah berbangsa Circassia (berkulit putih dan cantik) yang bernama Mihri hanoum, telah memberikan hadiah kepadanya sebanyak satu juta pound sebagai upah hanya untuk menemaninya sambil berhibur-hibur. Akibatnya, baginda terpaksa digulingkan berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh seorang Syeikh Al-Islam (Mufti) ketika itu.

Satu lagi penyakit ialah campurtangan dari pihak harem (permaisuri, bonda sultan atau gundik-gundik kesayangan sultan) dalam hal ehwal pemerintahan negara.campurtangan dari pihak harem (permaisuri, bonda sultan atau gundik-gundik kesayangan sultan) dalam hal ehwal pemerintahan negara. Harem membawa erti bahagian atau sebahagian daripada rumah yang dikhaskan untuk kediaman wanita, dan lelaki, selain si suami, tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan ini kerana menjaga tuntutan syara' bersabit dengan soal aurat, maksiat dan sebagainya.

Sisi gelap yang lain ialah wujudnya amalan menyimpan sida-sida (eunuch) sebagai para pengawal di istana. wujudnya amalan menyimpan sida-sida (eunuch) sebagai para pengawal di istanaAmalan ini tidak pernah diizinkan dalam Islam sama sekali. Menurut para sejarawan Turki, amalan menyimpan para sida itu bermula di Empayar pada peringkat suku pertama abad ke-15M di bawah Muhammad I atau Murad II. Dalam sistem ini, biasanya seorang yang menjadi sida itu dikasi sejak dia masih kanak-kanak dan ada juga kes hamba yang ditawan dalam sesuatu peperangan itu dikasi sebaik sahaja dia dipilih untuk berkhidmat dalam harem.

Sementara itu, amalan rasuah menjadi begitu ketara dan meluas pada peringkat kelemahan dan amalan rasuah menjadi begitu ketara dan meluas pada peringkat kelemahan dan kejatuhan kerjaan Uthmaniyyah.kejatuhan kerjaan Uthmaniyyah. Misalnya, semasa zaman pemerintahan Ahmad III telah berlaku suatu pengkhianatan terhadap negara akibat amalan rasuah oleh Perdana Menterinya sendiri. Dalam satu peperangan dengan Rusia, para mujahid Uthmaniyyah telah mengepung Kaisar Rusia, Peter The Great dan isterinya, Permaisuri Catherine. Tentera Rusia yang bersama kedua raja bersuami isteri itu sudah hampir jatuh. Tetapi, sayang bak rasuah, iaitu tawaran wanita dan harta oleh Catherine sendiri telah mendorong Perdana Menteri Uthmaniyyah ketika itu untuk mengkhianati negara. Beliau menarik balik kepungan itu, jika tidak Rusia pasti hancur dengan mudahnya.

Perkara lain yang merupakan sisi gelap Uthmaniyyah ialah mengizinkan nepotisme dan kronisme.Uthmaniyyah mengizinkan nepotisme dan kronisme. Kita dapati bahawa jawatan-jawatan boleh dijual dan dibeli antara sesama mereka. Satu contoh yang jelas mengenai nepotisme melibatkan Mufti Faizallah. Beliau diserahkan tugas untuk memerintah negara oleh Sultan Mustafa II apabila baginda berundur dari takhtanya kerana malu disebabkan tenteranya kalah dan dengan Perjanjian Carlowitz pada 1699M terpaksa menyerahkan kembali Hungary kepada Maharaja Hapsburg. Mufti itu mengambil kesempatan untuk menyingkirkan Perdana Menteri Husain Koprulu dan memberi peluang kepada kaum keluarganya sendiri untuk mengisi jawatan-jawatan kerajaan.

Tidak terkecuali, masalah berkaitan dengan pihak Yenisari. Hal ini melibatkan syarat mereka yang berkhidmat sebagai Yenisari dikenakan syarat hidup membujang (celibracy).perkhidmatan yang dikenakan kepada para anggota Yenisari pada peringkat awal pemerintahan Uthmaniyyah. Misalnya, mereka yang berkhidmat sebagai Yenisari dieknakan syarat hidup membujang (celibracy). Ini bercanggah dengan apa yang ditentukan Islam, iaitu apabila cukup syarat, seseorang itu digalakkan berkahwin bagi mengelakkan maksiat. Islam tidak pernah menerima amalan celibracy seperti yang diamalkan paderi Katolik. Namun, peraturan ini kemudiannya dilonggarkan perlahan-lahan dan dihapuskan.

Satu lagi perkara,telah memberikan hak-hak keistimewaan (capitulations) kepada negara Perancis dalam keadaan terlalu bermurah hati dan tidak sepatutnya. iaitu berlaku sejak zaman Sultan Sulaiman al-Qanuni, iaitu baginda telah memberikan hak-hak keistimewaan (capitulations) kepada negara Perancis dalam keadaan terlalu bermurah hati dan tidak sepatutnya. Walaupun baginda melayan mereka atas statusnya sebagai Ahl al-Dhimmah (ahli kitab) yang diberi perlindungan dalam Islam,namun sikap yang kurang berwaspada menyebabkan kedudukan umat Islam tergugat.

Melaluinya, pada peringkat akhir pemerintahan Sulaiman al-Qanuni dan terlebih lagi pada masa penggantinya, Salim I, pihak Kristian dan Yahudi menjadi penasihat kepada Sultan.
Luigi Gritti, anak di luar nikah kepada seorang ketua hakim Venetia, menjadi penasihat kepada Sulaiman.
Pihak Yahudi Sephardic pula menjadi penasihat kepada Sulaiman dan anaknya dan membantu membentuk dasar kerajaan Uthmaniyyah.

Yang termasyhur antara mereka ialah Joseph Nasi yang dikenali di kalangan orang Eropah sebagai "The Great Jew". beliau pernah menasihati Salim I supaya menyerang Venice semata-mata kerana beliau hendak rampas harta rampasan yang banyak untuk dirinya.

Dengan cara ini, masalah negara turut terdedah kepada bahaya dan mengancam kedudukan kerajaan serta umat Islam pada jangka panjang.

Begitu juga dalam masalah pendidikan. Akibat pengaruh Barat yang meluas semasa Tanzimat dan zaman Turki Muda, maka dualisme telah melebar atau meningkat dalam masyarakat Uthmaniyyah. Berbagai-bagai sekolah sekular ala Barat seperti Rushdiye (Sek Men Akademik), Mulkiye (Sek Bagi pagawai kerajaan), Harbiye (Sek Latihan ketenteraan) dan kemudiannya Universiti Istanbul (1900) diuruskan mengikut sistem pendidikan sekular Barat dan tentu sekali bercanggah dengan Islam. Semua sistem ini berteraskan akal (logik).

Peranan ulama dihapuskan sama sekali dalam sistem latihan dan segala pengurusan ketenteraanDari segi ketenteraan pun sama juga, Peranan ulama dihapuskan sama sekali dalam sistem latihan dan segala pengurusan ketenteraan sejak zaman Tanzimat dan selepasnya. Tentera seperti juga rakyat semakin hilang semangat agama, termasuk roh jihad. Amalan jahiliyyah seperti arak dan hidup berpeleseran jelas kelihatan seperti contoh yang jelas melalui amalan Mustafa Kamal (Atartuk) sendiri. Hanya latihan kawat, pentadbiran dan persenjataan tentera diperbaiki. Itu pun dengan mengharapkan bantuan dari Barat dalam semua aspek ini dan tidak bebas daripadanya sehinggalah kini.

Tetapi, yang mengejutkan sikap Sultan Abdul Hamid II yang keras terhadap hak rakyat,sikap Sultan Abdul Hamid II yang keras terhadap hak rakyat iaitu ulama yang menegur dan memperkatan yang hak serta kegiatan dakwah bagi menyebarkan Islam, meskipun baginda amat berjasa membina landasan keretapi Hijaz untuk kemudahan umat Islam menunaikan haji dan menegakkan perpaduan sesama Islam, mempertahankan Uthamniyyah dari tipu muslihat kuasa-kuasa besar, Zionis dan Freemasonri dan sebagainya. Ini jelas terbukti dalam tindakannya terhadap Ustaz Badi'uzzaman Said Nursi yang ditahan dan dianggap gila kerana menegur sultan supaya jangan memerintah secara kuku besi dan memperluaskan fungsi Khalifah bukan sekadar memimpin solat jumaat sahaja serta membantu usaha dakwah yang dijalankan oleh Abdul Rasyid Ibrahim, seorang pendakwah dari Turkistan. Tokoh ini telah memohon bantuan daripada sultan bagi menyebarkan dakwah di negeri China dan Timur Jauh. Sepatutnya, sebagai seorang Sultan-Khalifah dan pejuang pan-Islamisme, baginda menghormati pandangan Sa'id Nursi dan menukarkan apa yang tersalah atau terkurang dalam dasarnya serta membantu apa juga kegiatan dakwah sekadar yang termampu olehnya.

Kisah ini menganjurkan kita supaya mengkaji sejarah dan tidak mengulangi kesilapan-kesilapan yang lalu yang hanya akan merugikan umat Islam itu sendiri. Anda boleh mengikuti Drama Bersiri Magnificient Century di Astro Prima & Maya HD : http://blogadha.blogspot.com/2017/05/drama-bersiri-magnificent-century.html

Saintis China Lepasi Ujian 71,000 Voltan

by

Selama bertahun-tahun, saintis merumuskan bahawa badan manusia hanya mampu menampung 50,000 voltan elektrik statik.

Namun seorang saintis di China membuktikan bahawa tanggapan tersebut adalah salah apabila beliau berjaya melepasi 71,000 voltan menerusi badannya dan masih hidup untuk menceritakan pengalamannya.

Liu Shangshe, seorang saintis dari Akademi Kejuruteraan China di Beijing, baru-baru ini, terlibat dalam ujian elektrik statik yang boleh membahayakan nyawanya.

Dalam eksperimen kontroversi itu, beliau mahu menguji jumlah voltan yang mampu ditampung oleh tubuh manusia dan ternyata jumlahnya mencecah 71,000 voltan.

Menurut media China, pembantu Shangshe memulakan ujian dengan 20,000 voltan sebelum menaikkan kuasa elektrik itu secara berperingkat.

Portal South China Morning Post melaporkan, Shangse merupakan seorang daripada pakar keselamatan elektrik statik dengan memiliki lebih 50 tahun pengalaman dalam bidang saintifik itu.

Beliau menceburi bidang itu pada 1983 selepas mendapati ramai orang awam meninggal dunia akibat kejutan elektrik pada setiap tahun.

Malah bagi mencari jawapan yang lebih saintifik, Shangshe tidak pernah gentar untuk membahayakan nyawanya sendiri ketika melakukan kajian.

Bekerja dengan bahan berbahaya seperti gas dan material lain menyebabkan tahap kesihatannya terjejas sejak beberapa tahun lalu termasuk mengurangkan darah putihnya lebih daripada separuh.

Selain itu, beratnya juga turun mendadak di bawah paras yang sesuai dengan ketinggiannya.
"Bagi memahami elektrik statit, saya tidak pernah mengenal erti putus asa," kata saintis berpengalaman itu.

Selain menguji daya ketahanan tubuh manusia apabila terkena renjatan elektrik, Shangse juga menguji peralatan yang dibangunkan untuk mengukur jumlah elektrik statit yang mengalir dalam tisu manusia.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90